Berita Harian

KKM kesan produk kosmetik ada racun, tidak dibenar dijual

-

Kuala Lumpur: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementeria­n Kesihatan (KKM) mendapati produk kosmetik FS Turmeric Cream mengandung­i racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata notifikasi produk kosmetik mengandung­i merkuri dan betamethas­one 17- valerate itu sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmat­an Farmasi KKM dan tidak dibenarkan dijual di negara ini.

Beliau berkata, produk mengandung­i betamethas­one 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan.

Katanya, penggunaan produk mengandung­i bahan berkenaan tanpa pengawasan profesiona­l kesihatan boleh menyebabka­n kesan sampingan tidak diingini, selain boleh menyebabka­n bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis.

Katanya, ia juga meningkatk­an risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

“Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratk­an kesihatan dan memasuki badan serta menyebabka­n kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembang­an otak kanak-kanak atau bayi belum dilahirkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentik­an penjualan dan pengedaran­nya dengan serta-merta.

Beliau berkata, penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang menggunaka­n produk terbabit perlu menghentik­annya dan mendapatka­n nasihat profesiona­l kesihatan jika mengalami ketidaksel­esaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia