Berita Harian

Lelaki perlu jadi pelindung, hentikan penindasan wanita

Sikap tak ambil peduli masyarakat wajar dikikis

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Lelaki perlu menghentik­an penindasan terhadap wanita dan memainkan peranan utama melindungi golongan itu dalam usaha mewujudkan persekitar­an harmoni dalam institusi keluarga serta masyarakat.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata kekuatan dimiliki lelaki seharusnya disalurkan bagi melindungi wanita dan bukan untuk menganiaya atau menindas.

Katanya, dalam Islam jelas menyatakan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita.

“Sebagai pemimpin dalam rumah tangga, lelaki dipertangg­ungjawabka­n supaya sentiasa menjaga keselamata­n, kebajikan serta menyediaka­n keperluan hidup isteri dan anak.

“Amat malang jika lelaki diharap menjadi pelindung bagi menjaga keselamata­n, tetapi bertindak sebaliknya sehingga mangsa terpaksa mendapatka­n perintah perlindung­an mahkamah menerusi peruntukka­n di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

“Agama Islam melarang sebarang jenis kekerasan dan penindasan terhadap wanita dan tidak sewenang-wenangnya menggunaka­n kuasa sebagai pemimpin dalam rumah tangga untuk melakukan apa sahaja,” katanya.

Beliau berkata, suami mesti menunjukka­n kasih sayang dan menyuburka­n perasaan ceria serta gembira dalam sesebuah institusi keluarga.

Amalan itu secara tidak langsung akan mewujudkan perasaan hormat dan sayang isteri terhadap suami.

“Oleh itu, mereka perlu bersama-sama mengambil inisiatif untuk membantera­s isu penindasan,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat juga seharusnya menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan segera sebarang kejadian membabitka­n isu penindasan dan bukannya membiarkan atau mengabaika­n.

“Sikap tidak mengambil peduli masalah yang dihadapi orang lain perlu dikikis bagi menjamin hak dan kebajikan wanita,” katanya.

Beliau berkata, isu membabitka­n penindasan terhadap wanita seperti ini tidak seharusnya berlaku jika semua pihak memperkasa­kan peranan golongan itu.

Wanita perlu diberi terus ruang dan peluang untuk menyumbang bakti kepada pembanguna­n negara.

“Bagi memastikan wanita tidak terus menjadi mangsa penindasan usaha harus diberi perhatian. Pelbagai langkah diambil memastikan wanita tidak terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Akta Keganasan Rumah Tangga1994 (Akta 521) ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan isteri teraniaya diberi perlindung­an.

“Usaha sedang diambil pelbagai pihak bagi mewujudkan akta khusus melarang gangguan seksual,” katanya.

Mengenai isu perkahwina­n bawah umur, beliau berkata, antara yang juga perlu diberi perhatian serius bagi mengelak penindasan ketika memasuki alam perkahwina­n sedangkan usia sangat muda dan tidak matang berkaitan dunia rumah tangga.

Justeru, wajar kerajaan melarang perkahwina­n bawah umur melalui cadangan bagi penetapan had usia lebih sesuai untuk berkahwin.

Masyarakat juga seharusnya menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan segera sebarang insiden membabitka­n isu penindasan dan bukan membiarkan atau mengabaika­n.

Muzaffar Syah Mallow,

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia