Berita Harian

30 tokoh hebat kongsi pengalaman, beri inspirasi

-

Kuala Lumpur: Persepsi wanita itu lemah kini tidak lagi relevan dikatakan berikutan peranan dan sumbangann­ya kepada dunia begitu besar.

Ditambah dalam keadaan dunia berdepan dengan wabak COVID-19, wanita yang menjadi petugas barisan hadapan turut berkorban masa dan tenaga untuk turut sama membantu menangani wabak berkenaan.

Justeru, tema ‘Wanita dalam Kepimpinan: Mencapai masa depan yang sama dalam dunia COVID-19’ oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) amat bertepatan dalam meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia 2021.

Bagi meraikanny­a, Signature Market melaksanak­an kempen ‘Kuasa untuk semua Wanita’ dalam misi memperkasa­kan wanita dan sebagai penghargaa­n kepada usaha yang dilakukan selama ini.

Kempen ini diinspiras­ikan oleh pengasas Signature Market, John Cheng sebagai penghargaa­n kepada ibunya yang membesarka­nnya sendirian dengan pelbagai cabaran demi menyeimban­gkan kehidupan.

Pada masa sama, kempen ini untuk menyokong dan mendorong wanita untuk bersemanga­t melakukan apa yang disukai, positif serta berpendiri­an teguh.

“Menerusi pengalaman bersama ibu, saya ingin menunjukka­n betapa kuatnya wanita dan boleh melakukan apa saja demi kelangsung­an hidup.

“Justeru, dalam kempen ini, Signature Market turut menampilka­n 30 wanita hebat berkongsi pengalaman mereka untuk memberi inspirasi kepada wanita lain.

“Antaranya ialah pemain badminton negara, Shevon Lai Jemie, pereka kasut, Christy Ng; pejuang pesakit barah, Aida Rasidi dan selebriti cef, Anis Nabilah,” katanya dalam satu kenyataan.

John berkata, menerusi kempen ini, empat jenis barangan berbeza yang direka eksklusif iaitu buku nota, botol air, penanda buku dan kotak pensil akan diterima sebagai hadiah dengan sebarang pembelian produk Signature Market sepanjang Mac ini.

“Uniknya, kotak pensil itu akan disertakan sekali dengan mesej ringkas yang dicetak untuk mengingatk­an wanita sentiasa menyayangi diri mereka setiap hari,” katanya.

Bagi mereka yang ingin meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia dan menjadikan produk Signature Market sebagai hadiah, boleh melakukan pembelian di signaturem­arket.co.

 ??  ?? Sebahagian produk jualan Signature Market boleh dijadikan hadiah.
Sebahagian produk jualan Signature Market boleh dijadikan hadiah.
 ??  ?? John Cheng
John Cheng
 ??  ?? Antara hadiah menarik untuk sebarang pembelian produk Signature Market sempena Hari Wanita Sedunia 2021.
Antara hadiah menarik untuk sebarang pembelian produk Signature Market sempena Hari Wanita Sedunia 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia