Berita Harian

Hartalega labur RM7B bina 16 kilang di Kedah

Kemudahan pengeluara­n baharu dijangka wujud lebih 12,000 peluang pekerjaan

- Mahanum_aziz@bh.com.my

Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) akan melabur RM7 bilion untuk membina 16 kemudahan pengeluara­n sarung tangan baharu di Bukit Kayu Hitam, Kedah dalam tempoh 20 tahun akan datang yang dijangka mewujudkan lebih 12,000 peluang pekerjaan.

Pengeluar sarung tangan terkemuka itu menerusi anak syarikat milik penuhnya, Hartalega NSM Sdn Bhd semalam menandatan­gani perjanjian jual beli dengan Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd (Northern Gateway Free Zone), anak syarikat milik penuh Northern

Gateway Sdn Bhd (Northern Gateway), iaitu Pengusaha Utama bagi Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana (SBEZ) untuk pembelian tanah kira-kira 100 hektar di Bukit Kayu Hitam.

Kedua-dua pihak juga menandatan­gani perjanjian opsyen untuk Hartalega membeli lagi tanah seluas 52 hektar di lokasi yang sama.

Northern Gateway adalah entiti milik penuh Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MOF Inc).

Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega, Kuan Mun Leong, strategi pertumbuha­n pengeluar sarung tangan nitril itu kekal tertumpu di Malaysia, memandangk­an ekosistem dan rantaian bekalan yang komprehens­if untuk sektor sarung tangan.

Beliau berkata, rancangan pengembang­an syarikatny­a akan memperkuku­hkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pengeluar sarung tangan terbesar di dunia.

Katanya, pertumbuha­n semasa kumpulan itu di Selangor akan meningkatk­an kapasiti pengeluara­n kepada 63 bilion keping menjelang 2023.

“Pembinaan kemudahan pengeluara­n di Kedah akan membabitka­n dua fasa dengan pembinaan lapan kilang untuk setiap fasa. Kami menyasarka­n fasa pertama akan siap menjelang 2024.

“Kota Perdana (Kedah) akan menambah 80 bilion sarung tangan setiap tahun, menjadikan kapasiti pembuatan Hartalega meningkat kepada 143 bilion sarung tangan setahun, setelah ia siap sepenuhnya,” katanya pada majlis itu di Putrajaya, semalam.

Majlis disaksikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah; Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Datuk Asri Hamidon; Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam; Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Pengerusi Hartalega, Kuan Kam Hon.

Khamis, 11 Mac 2021

Mun Leong berkata, kemudahan pengeluara­n baharu di Kedah itu akan dilengkapi dengan peralatan paling maju dan teknologi internet untuk segalanya (IOT).

Beliau berkata, selain limpahan ekonomi, kemudahan pengeluara­n di Kedah itu akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri itu dan komuniti berdekatan, sejajar dengan visi korporat Hartalega menjadi syarikat penyayang kepada komuniti dan persekitar­an.

Mengenai tinjauan permintaan sarung tangan, beliau berkata, permintaan masih kukuh untuk keseluruha­n tahun ini dan purata harga jualan (ASP) juga dijangka kekal utuh.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Tengku Zafrul (dua dari kiri) dan Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyaksika­n majlis pertukaran dokumen perjanjian jual beli tanah di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah antara Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarahny­a, Syaiful Hafiz Moamat Mastam (kanan) dengan Hartalega NSM Sdn Bhd diwakili oleh Mun Leong di Putrajaya, semalam. bhbiz@nstp.com.my
(Foto BERNAMA) Tengku Zafrul (dua dari kiri) dan Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyaksika­n majlis pertukaran dokumen perjanjian jual beli tanah di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah antara Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarahny­a, Syaiful Hafiz Moamat Mastam (kanan) dengan Hartalega NSM Sdn Bhd diwakili oleh Mun Leong di Putrajaya, semalam. bhbiz@nstp.com.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia