Berita Harian

SBEZ Kota Perdana berpotensi tarik pelaburan baharu

-

Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah berpotensi untuk menarik pelaburan baharu dan memangkin momentum usaha pemulihan semula ekonomi pasca COVID-19 di wilayah utara, terutama Kedah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata keyakinan itu bersandark­an kepada beberapa faktor seperti kedudukan strategik SBEZ Kota Perdana untuk mengeksplo­itasi segala kelebihan yang ada antara Malaysia dan Thailand seperti sumber bahan mentah, kemudahan infrastruk­tur dan sebagainya.

Beliau berkata, ia juga mempunyai kelebihan geostrateg­ik kerana terletak dalam laluan Rangkaian Lebuhraya Asia 2 (AHN 2) yang menghubung­kan Singapura dan Thailand serta saluran paip gas Trans Thai-malaysia yang berpotensi untuk dibangunka­n sebagai hab penting dalam rantaian bekalan global bagi industri pembuatan khususnya peranti perubatan dan peralatan penjagaan kesihatan, produk makanan serta komponen automotif, elektrik dan elektronik.

Katanya, kelebihan dan potensi dimiliki oleh bandar sempadan Bukit Kayu Hitam yang juga laluan utama perdaganga­n rentas sempadan di utara Semenanjun­g dengan anggaran nilai kira-kira

RM40 bilion setahun haruslah dimanfaatk­an semaksimum mungkin.

“Difahamkan bahawa aktiviti ekonomi utama di kawasan sekitar bandar sempadan Bukit Kayu Hitam pada masa kini masih tertumpu kepada aktiviti sektor perkhidmat­an logistik rentas sempadan.

“Persoalann­ya, kita sepatutnya tidak harus berpuas hati dengan hanya menyediaka­n laluan eksport bagi bahan mentah dan komoditi dari negara jiran.

“Sebaliknya, saya percaya melalui inisiatif pembanguna­n prasarana seperti SBEZ Kota Perdana, pelbagai usaha lain boleh dirancang bagi merancakka­n lagi aktiviti sektor ekonomi di bandar sempadan Bukit Kayu Hitam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani perjanjian jual beli antara Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) dengan Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd (Northern Gateway Free Zone), anak syarikat milik penuh Northern Gateway Sdn Bhd (Northern Gateway) di Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata SBEZ Kota Perdana adalah satu projek impak tinggi negeri itu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Kedah akan membina Loji

Rawatan Air di Kodiang untuk memastikan keperluan air di zon berkenaan mencukupi dan berada pada tahap optimum untuk pelabur di kawasan berkenaan.

“Pembanguna­n Kota Perdana seluas 4,395 ekar yang sedang dimajukan Northern Gateway adalah salah satu komponen dalam agenda Kerajaan Negeri yang lebih besar ke atas pembanguna­n dalam kawasan Bukit Kayu Hitam.

“Selain pembanguna­n Kota Perdana, projek utama lain yang dibangunka­n adalah Kedah Science & Technology Park (KSTP) iaitu hab industri yang memberi fokus kepada sub sektor industri halal, makanan dan logistik rentas sempadan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia