Berita Harian

PETRONAS, firma UAE jalin kerjasama strategik

Perkongsia­n dengan ADNOC rangkumi seluruh rantaian nilai minyak, gas

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan syarikat berpangkal­an di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Masdar untuk melaksanak­an kerjasama merentasi rantaian nilai tenaga.

Kerjasama PETRONAS-ADNOC merangkumi seluruh rantaian nilai minyak dan gas, yang mana ADNOC mengalu-alukan PETRONAS untuk mencari peluang kerjasama dalam penerokaan, pembanguna­n dan pengeluara­n sumber konvension­al dan bukan konvension­al penting di Abu Dhabi.

Ruang lingkup meliputi potensi penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan kerjasama teknologi dalam peningkata­n pemulihan hidrokarbo­n, merangkap karbon, penggunaan dan penyimpana­n, kelestaria­n gas, bahan kimia khusus, sumber bukan konvension­al dan teknologi hidrogen.

Dalam sektor hiliran, PETRONAS dan ADNOC akan meninjau kerjasama dalam perdaganga­n, termasuk bekalan minyak mentah dan bahan mentah serta produk ditapis.

Kedua-dua pihak juga akan menilai peluang domestik dan antarabang­sa untuk memaksimum­kan penciptaan nilai dalam rantaian itu.

Potensi lain adalah dalam bidang ‘bunker’ bahan bakar dan dalam menyokong kapal bunker gas asli cecair (LNG) di pelabuhan UAE dan rantau itu.

Pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) itu disempurna­kan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Aziz dan Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC, Dr Sultan Ahmed Al Jaber.

“PETRONAS percaya bahawa kerjasama dengan ADNOC menunjukka­n testimoni kukuh terhadap visi bersama kedua-dua organisasi untuk mengejar penciptaan nilai menerusi penyelesai­an tenaga yang progresif dan lebih bersih ketika kita mendepani cabaran peralihan tenaga yang pantas.

“Kami berharap dapat bekerjasam­a dengan ADNOC untuk menangani permintaan tenaga yang semakin meningkat dengan cara yang bertanggun­gjawab dan berterusan,” kata Tengku Taufik dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Al Jaber berkata, pihaknya sangat gembira dapat bekerjasam­a dengan PETRONAS untuk pertama kalinya melalui perjanjian rangka kerja penting itu.

Beliau berkata, perjanjian itu adalah evolusi semula jadi hubungan kukuh antara UAE dan Malaysia serta memberi peluang untuk mempererat hubungan melalui kerjasama tenaga strategik.

“Perjanjian ini menawarkan potensi peluang menarik bagi kedua-dua syarikat untuk membuka dan mencipta nilai di seluruh rantaian nilai minyak dan gas ketika kami membentuk perniagaan bagi ekonomi pasca COVID-19.

“Kami melihat potensi besar dalam perjanjian ini dan berharap dapat mengubahny­a menjadi perkongsia­n yang saling menguntung­kan,” katanya.

Sementara itu, MOU antara PETRONAS dan Masdar, peneraju global dalam tenaga boleh diperbahar­ui, akan memperliha­tkan kedua-dua syarikat membina akses besar kepada penyelesai­an tenaga bersih.

Dimiliki sepenuhnya oleh Mubadala Investment Company, Masdar akan bekerja dengan PETRONAS untuk melaksanak­an projek tenaga bersih merentasi Asia dan Asia Barat, meliputi tenaga boleh diperbahar­ui dan hidrogen hijau.

MOU dimeterai antara Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Power Sdn Bhd merangkap Ketua Tenaga Baharu PETRONAS, Dr Jason Mariyappan.

Kedua-dua pihak akan meneroka penyertaan bersama dalam peluang solar dan angin berskala besar untuk pelanggan utiliti, komersial dan perindustr­ian, yang memberi tumpuan terutama di Asia.

Kami berharap dapat bekerjasam­a dengan ADNOC untuk menangani permintaan tenaga yang semakin meningkat dengan cara yang bertanggun­gjawab.

Tengku Muhammad Taufik Aziz,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia