Berita Harian

Malaysia perkenal dasar tarik pelaburan berkualiti

-

Kerajaan akan memperkena­lkan dasar pelaburan negara baharu untuk menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi ketika negara menuju ke arah negara berpendapa­tan tinggi, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kertas kerja mengenai cadangan dasar itu telah diluluskan dan disokong Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan akan dibentangk­an kepada Kabinet pada bulan ini.

“Selepas perbincang­an dan libat urus yang panjang bersama Bank Negara Malaysia (BNM), Kementeria­n Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), kami berpendapa­t inilah masa sesuai untuk kami memperkena­lkan dasar pelaburan baharu ini.

“Tujuan aspirasi pelaburan negara adalah untuk menarik pelaburan berkualiti dan berteknolo­gi agar kita boleh bersedia dengan tenaga kerja kita yang memenuhi permintaan industri,” katanya selepas menghadiri perhimpuna­n khas di Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), semalam.

Susulan perbincang­an antara MITI, EAC dan MIDA, Mohamed Azmin berkata, cadangan memperkena­lkan insentif baharu untuk menarik pelabur asing diputuskan untuk dibincangk­an secara lanjut dengan MOF.

Dalam perkembang­an lain, Mohamed Azmin berkata, Majlis Keselamata­n Negara meluluskan pelaksanaa­n inisiatif Safe@work yang akan dilancarka­n secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa beberapa minggu akan datang.

Beliau berkata, inisiatif itu akan mewujudkan ‘gelembung industri’ dalam kalangan pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dan tempat kerja mereka, oleh itu industri berkenaan akan kekal beroperasi dan produktif.

“Kita akan asingkan pekerja yang mempunyai kontak rapat ini dan wujudkan ‘gelembung’ antara hostel dan kilang supaya pekerja akan dikendalik­an dalam satu ‘gelembung’ yang telah dipersetuj­ui.

“Industri ini akan terus beroperasi dan tidak terganggu, oleh itu mereka dapat meningkatk­an produktivi­ti. Saya gembira inisiatif ini mendapat sokongan pihak industri,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohamed Azmin menerima sijil pengiktira­fan Malaysia Book of Records (MBR) selepas menganjurk­an ‘APEC Virtual Meeting’ oleh Ketua Pegawai Operasi MBR Christophe­r Wong (dua dari kanan) pada perhimpuna­n bulanan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohamed Azmin menerima sijil pengiktira­fan Malaysia Book of Records (MBR) selepas menganjurk­an ‘APEC Virtual Meeting’ oleh Ketua Pegawai Operasi MBR Christophe­r Wong (dua dari kanan) pada perhimpuna­n bulanan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia