Berita Harian

Jakel lanjut promosi 10 peratus rebat tunai

Syarikat sasar beri penjimatan RM15 juta kepada pelanggan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Jakel melanjutka­n promosi Jakel Cashback Deals untuk tempoh sebulan lagi sehingga 13 April ini, selepas menerima sambutan menggalakk­an daripada pelanggann­ya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata sejak promosi yang menawarkan rebat 10 peratus wang tunai untuk pembelian minimum RM100 itu diperkenal­kan pada 12 Februari lalu, lebih 100,000 pelanggan di seluruh Malaysia menikmati rebat tunai berjumlah RM4.27 juta.

Beliau berkata, pelanggan akan menerima wang tunai itu sebaik membuat pembayaran sama ada secara tunai, kad kredit atau aplikasi tanpa tunai seperti Grabpay atau Boost, walaupun harga barangan termasuk dalam harga promosi.

Katanya, pemberian semula rebat tunai ini adalah sebagai tanda keprihatin­an dan terima kasih mereka kepada pelanggan yang sentiasa menyokong Jakel sebagai gedung tekstil terbesar negara.

“Kami menyasarka­n

Mohamed Faroz

untuk menjana sehingga RM150 juta jualan sepanjang dua bulan promosi ini, sekali gus memberikan pulangan rebat tunai sebanyak RM15 juta kepada pelanggan.

“Jadi, kami mengajak semua pelanggan untuk datang ke semua 22 cawangan kami bagi merebut promosi yang hanya dibuat pada tahun ini sahaja berikutan pandemik COVID-19.

“Jakel syarikat pertama menawarkan promosi pulangan tunai sebegini yang mana kebiasaann­ya promosi adalah dalam bentuk baucar atau tambahan diskaun, namun kali ini kami beri pulangan tunai dengan hasrat membolehka­n masyarakat menggunaka­n semula wang tunai itu untuk berbelanja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran promosi Jakel Cashback Deals dan promosi Jakel Barulah Raya 2021 di Kuala Lumpur, semalam.

Mohamed Faroz berkata, Jakel turut melancarka­n kempen Jakel Barulah Raya 2021 selama sebulan bermula 14 Mac hingga 13 April ini dengan menawarkan diskaun sehingga 75 peratus semua produknya.

“Apa yang lebih menarik, selain diskaun sempena kempen ini, pelanggan juga berpeluang menikmati pulangan tunai 10 peratus yang ditawarkan kami.

“Pelbagai rekaan baju siap pelbagai warna dan corak akan dijual termasuk baju Melayu, kurta, koleksi pakaian wanita dan koleksi kanak-kanak dengan fesyen terkini akan tiba secara berperingk­at mulai pertengaha­n bulan ini.

“Bagi kempen Jakel Barulah Raya 2021, kami masih mengekalka­n barisan duta Jakel antaranya Datuk Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Scha Al Yahya serta pasangan kembar kegemaran kanak-kanak iaitu Upin dan Ipin,” katanya.

Tambahnya, susulan permintaan ramai, Jakel turut melancarka­n promosi pulangan tunai untuk koleksi Ariani selama 10 hari bermula 26 Mac hingga 4 April.

“Kami menyasarka­n jualan sebanyak RM15 juta untuk tudung Ariani sepanjang tempoh promosi ini,” katanya.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? semalam. pada pelancaran promosi Jakel Cashback Deals dan Jakel Barulah Raya 2021, di Kuala Lumpur,
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) semalam. pada pelancaran promosi Jakel Cashback Deals dan Jakel Barulah Raya 2021, di Kuala Lumpur,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia