Berita Harian

Sunway RE urus aset penginapan pelajar di UK

-

Sunway RE Capital dan MBU Capital menjalin kerjasama strategik untuk melabur dan menguruska­n aset penginapan pelajar di United Kingdom (UK) dengan permulaan gabungan aset dan ekuiti yang mudah digunakan berjumlah £110 juta (RM629.81 juta).

Pasukan hartanah MBU Capital, yang mengendali­kan lebih 5,000 unit penginapan pelajar akan meninjau stok institusi terutama dalam universiti Russell Group.

Aset awal termasuk unit di Bristol, Manchester dan Sheffield.

Pengarah Eksekutif Sunway RE Capital, Dr Tan Kok Heng, berkata syarikat percaya UK kekal sebagai antara tempat tumpuan paling popular pelajar dan permintaan dari luar negara untuk pendidikan berkualiti dijangka meningkat sebaik kawalan dan sekatan pergerakan dimansuhka­n.

“Kami optimis terhadap sektor ini dan mewujudkan pasukan pengurusan dana yang mempunyai rekod prestasi serta penyediaan stok institusi bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MBU Capital, Mohammed Iqbal, berkata kadar penghunian pelajar lazimnya melebihi 97 peratus ketika prapandemi­k.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an pemulihan dalam masa terdekat dan jumlah pelajar sepenuh masa di UK juga mencapai paras rekod dan ia akan terus meningkat.

“Lantaran itu, dana ini memberi peluang kepada pelabur untuk memanfaatk­an pasaran pelajar UK yang menarik dengan rakan kongsi yang mapan dan dipercayai,” katanya.

Pasukan pengurusan dana akan membangunk­an portfolio dan infrastruk­tur yang berkaitan melalui amalan terbaik dalam kelasnya, sebagai persediaan pelan keluar menerusi penyenarai­an REIT dalam masa tiga tahun.

Dana tiga tahun itu menyasarka­n untuk memberikan kupon tahunan enam ke lapan peratus dengan kadar pulangan dalaman (IRR) 12 peratus.

Kami optimis terhadap sektor ini dan mewujudkan pasukan pengurusan dana yang mempunyai rekod prestasi serta penyediaan stok institusi bertaraf dunia.

Dr Tan Kok Heng, Pengarah Eksekutif Sunway RE Capital

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia