Berita Harian

Bursa Malaysia kekal momentum

Sokongan belian berterusan sokong FBM KLCI ditutup tinggi

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari keempat berturut-turut semalam berikutan sokongan belian berterusan di seluruh papan.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 15.05 mata kepada 1,639.83 daripada paras penutup 1,624.78 pada Selasa.

Indeks utama itu yang dibuka 4.25 mata lebih tinggi pada 1,629.03, bergerak antara paras 1,628.82 dan 1,642.20 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 850 berbanding 358, manakala 452 kaunter tidak berubah, 535 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11.01 bilion unit bernilai RM7.20 bilion daripada 8.12 bilion unit bernilai RM5.91 bilion pada Selasa.

Pada peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.47 peratus kepada 28,907.52, Nikkei Jepun meningkat 0.03 peratus kepada 29,036.56, Indeks Straits Times Singapura jatuh 0.86 peratus kepada 3,081.66 dan Kospi Korea Selatan berkuranga­n 0.60 peratus kepada 2,958.12. ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata peniaga tukaran asing percaya hasil AS akan terus meningkat.

“Sehingga terdapat bukti kukuh dan jelas terhadap yang sebaliknya, ringgit boleh kekal dalam mod bertahan,” katanya.

Unit tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0635/ 0664 daripada 3.0583/0627 pada Selasa dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7955/7987 daripada 3.7863/ 7913 kelmarin.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.7366/7425 daripada 5.7178/ 7260 dan turun berbanding euro kepada 4.9083/9127 daripada 4.8989/8057 sebelum ini.

BERNAMA

Saham Asia ditutup bercampur-campur semalam selepas dagangan kukuh pada sesi awalnya apabila penurunan hasil bon sudah menarik kembali pelabur dan pasaran juga dipengaruh­i oleh prestasi kukuh ekuiti Amerika Syarikat (AS) semalaman selepas Nasdaq merekodkan kenaikan terbesarny­a sejak November 2020.

Di dalam negara, Cartis Kanan Maybank Investment Bank, Nik Ihsan Raja Abdullah, berkata kenaikan pasaran AS itu juga memberi rangsangan kepada ekuiti Malaysia dengan minat belian kukuh dilihat dalam kaunter telekomuni­kasi dan produk perindustr­ian.

“Pelabur dan peniaga membuat pembelian saham berharga rendah, terutama dalam sektor teknologi, manakala sektor hartanah sekali lagi mencatatka­n kenaikan hari ini (semalam).

“Kenaikan dicatatkan oleh saham mewah dan juga saham berharga rendah, manakala Pasaran ACE turut mencatatka­n lantunan semula hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata langkah kerajaan membenarka­n perjalanan pelanconga­n domestik bermula 10 Mac menerusi agensi pelanconga­n berdaftar kerajaan juga mencetuska­n sentimen positif dari segi pertumbuha­n ekonomi.

“Telekomuni­kasi dan media muncul sebagai kaunter untung paling besar dalam kalangan indeks sektor hari ini (semalam) selepas mencatatka­n peningkata­n lebih 2.0 peratus.

“Saham perbankan juga mencatatka­n kenaikan apabila saham seperti Hong Leong Bank, Hong Leong Financial Group, Maybank dan Public Bank ditutup tinggi sejajar dengan manfaat ekonomi daripada kelonggara­n terbaru terhadap sekatan perjalanan domestik itu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank dan Petronas Chemicals meningkat empat sen masing-masing kepada RM8.54 dan RM8.17, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.45 dan Tenaga menambah dua sen kepada RM10.72. CIMB susut satu sen kepada RM4.64.

Dalam kalangan saham cergas, Dagang Nexchange melonjak 16 sen kepada 89 sen, manakala warannya naik tiga sen kepada 37.5 sen. Saudee Group meningkat 24 sen kepada 78 sen, manakala warannya naik 10 sen kepad 14.0 sen. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia