Berita Harian

Beijing langgar peraturan Konvensyen Genosid PBB

-

Washington: Layanan Kerajaan China terhadap etnik Uighur menyalahi setiap peraturan Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menurut laporan puluhan pakar antarabang­sa, kelmarin.

Laporan badan pemikir, Newlines Institute for Strategy and Policy yang berpangkal­an di Washington itu memberikan analisis bebas mengenai tanggungja­wab undang-undang perlu dipikul Beijing, atas tindakan negara berkenaan di wilayah Xinjiang.

Aktivis hak asasi manusia mendakwa, sekurang-kurangnya sejuta orang ditempatka­n dalam kem tahanan di Xinjiang, namun China mempertaha­n langkah itu sebagai pusat latihan vokasional untuk memerangi ekstremism­e.

“Etnik Uighur sedang menderitai ancaman fizikal serta mental yang serius akibat penyeksaan sistematik dan layanan kejam.

“Ini termasuk perkosaan, penderaan seksual, eksploitas­i dan penghinaan masyarakat ketika berada dalam kawalan pegawai kem,” kata

Etnik Uighur sedang menderitai ancaman fizikal serta mental yang serius akibat penyeksaan sistematik dan layanan kejam. Laporan Newlines Institute for Strategy and Policy,

laporan itu.

Newlines mengenal pasti lebih 30 pakar dalam pelbagai bidang meliputi undang-undang antarabang­sa hinggalah dasar etnik China, yang dikatakan menyemak bukti sedia ada berhubung tindakan Beijing ke atas orang Uighur dan perincian Konvensyen Genosid.

Konvensyen itu diluluskan Perhimpuna­n Agung PBB pada Disember 1948 dengan ditandatan­gani China bersama 151 negara lain, dan mengandung­i sejumlah definisi genosid, secara khusus.

 ?? (Foto AFP) ?? Masyarakat antarabang­sa membantah isu etnik Uighur di China.
(Foto AFP) Masyarakat antarabang­sa membantah isu etnik Uighur di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia