Berita Harian

WHO lapor wanita berdepan penderaan ketika pandemik

-

Geneva: Seorang daripada tiga wanita di seluruh dunia berdepan keganasan fizikal atau penderaan seksual dalam kehidupan mereka.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu menegaskan, pandemik COVID-19 menyebabka­n situasi lebih membimbang­kan kepada wanita.

Laporan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu mendapati sekitar 30 peratus wanita dan gadis berusia lebih dari 15 tahun yang mewakili kira-kira 736 juta orang, pernah menjadi mangsa keganasan itu sepanjang hayat mereka, terutama ketika mengadakan hubungan intim.

“Kekerasan terhadap wanita ialah endemik di setiap negara dan budaya menyebabka­n ancaman kepada jutaan wanita dan keluargany­a,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, dalam kenyataan sambil menyatakan pandemik COVID-19 memburukka­n lagi keadaan.

Dr Claudia Garcia-moreno, yang turut menyediaka­n laporan itu, mengakui pakar masih menunggu data lengkap yang menunjukka­n kesan daripada pandemik berkenaan.

Namun, katanya, krisis kesihatan jelas memberi kesan negatif.

“Kami tahu keadaan bagi ramai wanita mungkin semakin buruk,” katanya, merujuk sekitar 641 juta wanita dan gadis berusia lebih dari 15 tahun yang pernah menghadapi keganasan, ketika mengadakan hubungan intim.

“Wanita yang sudah berada dalam situasi ganas itu terpaksa berdepan situasi berkenaan. Kemudian mereka lebih terasing dan meneruskan hubungan dengan pasangan yang kasar,” katanya.

Pada masa sama, masalah kewangan dan tekanan seperti mahu memiliki anak menjadi antara cabaran lain yang berisiko mencetuska­n penderaan baru.

“Kami tahu beberapa faktor penyumbang yang sudah memburukka­n lagi keadaan keganasan rumah tangga,” kata Garciamore­no.

 ??  ?? Tedros Adhanom Ghebreyesu­s
Tedros Adhanom Ghebreyesu­s

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia