Berita Harian

5 suspek bunuh duta dipenjara seumur hidup

-

Ankara: Mahkamah Turki menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup terhadap lima suspek pembunuhan Duta Besar Russia, Andrei Karlov pada 2016 di Ankara, lapor agensi berita tempatan, Anadolu.

Suspek dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki bersenjata berusia 22 tahun, Mevlut Mert Altintas, yang dibunuh oleh pasukan khas Turki, sejurus selepas dia membunuh Karlov, ketika pameran foto di ibu negara Turki.

Enam suspek lain dibebaskan sementara tujuh lagi disabitkan sebagai anggota kumpulan pengganas bersenjata, lapor penyiar NTV kelmarin, tanpa perincian lanjut.

Turki menyalahka­n pembunuhan itu dilakukan gerakan dipimpin Fethullah Gulen iaitu warganegar­a Turki tinggal di Amerika Syarikat (AS) yang dilihat sebagai musuh utama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Ankara juga menuduh Gulen mengatur rampasan kuasa, namun gagal untuk

Bunga diletakkan

menjatuhka­n Erdogan dan merujuk gerakan itu sebagai Organisasi Pengganas Fetullah (FETO).

Gerakan itu bagaimanap­un menolak dakwaan itu dan menegaskan ia mempromosi­kan keamanan dan pendidikan.

Bekas ejen perisik, Vehbi Kursad Akalin dijatuhkan penjara hukuman seumur hidup selepas membocorka­n maklumat mengenai Karlov kepada pergerakan itu, kata NTV.

Hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan mempunyai syarat penahanan lebih keras dan bagi menggantik­an hukuman mati yang disabitkan pada 2004.

Suspek yang dituduh memberikan arahan kepada Altintas untuk membunuh Karlov, Salih Yilmaz, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, lapor NTV.

Seorang lagi suspek, Sahin Sogut, dijatuhkan hukuman yang sama kerana bertindak sebagai ‘mentor’ Altintas dalam gerakan Gulen, tambah NTV. AFP

 ??  ??
 ??  ?? kematian Karlov. di sebelah potret untuk mengenang
kematian Karlov. di sebelah potret untuk mengenang
 ??  ?? China dan Russia akan bekerjasam­a bina stesen angkasa di bulan.
China dan Russia akan bekerjasam­a bina stesen angkasa di bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia