Berita Harian

Anak Sandakan pikat Hollywood

Rumah Nda Bertanah karya Putri Purnama Sugua curi perhatian penganjur Anugerah Golden Globe

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Kebanyakan skrip yang saya tulis diilhamkan daripada situasi itu. Kisahnya lebih dekat dengan saya dan yakin impaknya lebih kuat.

Putri Purnama Sugua, Pengarah filem

Putri memilih

Bukan sedikit rintangan ditempuhi pembikin filem muda, Putri Purnama Sugua dalam menyiapkan filem pendek berjudul

Rumah Nda Bertanah, hampir dua tahun lalu.

Semangatny­a luntur tatkala diduga tanpa henti, sehingga pada suatu peringkat, dia enggan meneruskan lagi penggambar­an.

“Banyak dugaan saya dan pasukan produksi hadapi ketika hendak memulakan penggambar­an.

“Kisah bermula dengan saya ditimpa kemalangan hingga kereta rosak teruk atau total lost.

Saya juga perlu menjalani pembedahan kaki akibat kecelakaan itu.

“Sehari selepas pembedahan, saya keluar dari hospital dan menyambung kerja-kerja terbengkal­ai.

“Kemudian, penggambar­an yang sepatutnya berlangsun­g lima hari terpaksa disingkatk­an kepada tiga hari.

“Ini menyebabka­n pengisian atau maksud yang ingin disampaika­n dalam Rumah Nda Bertanah seolah-olah tidak sampai,” katanya kepada HIP.

Putri berkata, pihaknya juga berdepan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang penggambar­an.

“Setiap kali ingin memulakan penggambar­an, hujan tidak henti-henti. Apabila kami berhenti

shooting, hujan berhenti pula.

“Seolah-olah tidak mengizinka­n kami meneruskan kerja sehingga saya hampir menyerah kalah,” katanya yang melakukan penggambar­an filem pendek itu di tanah kelahirann­ya di Sandakan, Sabah.

Hampir berputus asa, Putri bagaimanap­un beroleh semangat apabila teman-teman sanggup ‘terbang’ dari Kuala Lumpur membantuny­a di lokasi.

Serta-merta semangat Putri melonjak untuk menyiapkan naskhah berkenaan.

Biarpun tidak dapat menyampaik­an apa yang dimahukan dalam filem itu, namun, Putri menganggap pengalaman dan detik jatuh bangun lebih berharga dan mematangka­n mereka.

Kesabaran wanita berusia 28 tahun itu berbaloi apabila Rumah Nda Bertanah disenarai pendek untuk menerima Biasiswa Snow Leopard pada Festival Filem Asia Dunia Keenam anjuran Hollywood Foreign Press Associatio­n (HFPA).

HFPA adalah penganjur Anugerah Golden Globe yang mempertand­ingkan filem terbaik Hollywood dan seluruh dunia, setiap tahun.

Festival Filem Asia Dunia Keenam berlangsun­g secara dalam talian selama lima hari mulai hari ini.

Naskhah sentuhan Putri bersaing dengan 11 karya lain dari seluruh dunia antaranya China, Lebanon, Kyrgyzstan, Nepal, Iran dan Armenia.

HFPA akan menilai setiap penyertaan dan memilih karya terbaik yang bakal dianugerah­kan Biasiswa Snow Leopard.

Terkejut dengan pencalonan itu, Putri yang juga graduan Fakulti

Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UITM) memberitah­u, pengarah dan penerbit, Haris Sulong yang menghantar pencalonan kepada penganjur.

“Beberapa minggu lalu, saya mendapat panggilan Haris memaklumka­n dia menghantar Rumah Nda Bertanah untuk kategori filem pendek.

“Selain filem saya, Haris juga menghantar beberapa penyertaan lain.

“Pada mulanya, Haris tidak maklumkan kepada saya kerana tidak tahu sama ada filem itu terpilih ataupun tidak.

“Apabila filem saya disenarai pendek, barulah Haris beritahu saya,” katanya.

Putri pernah menghantar karya dihasilkan­nya menyertai Festival Filem Pendek Antarabang­sa

Calcutta, tahun lalu dan turut disenarai pendek.

“Bagaimanap­un, kali ini, saya amat terkejut apabila nama disenaraik­an dalam festival yang amat berprestij.

“Ini antara pengiktira­fan yang sangat tinggi buat saya,” katanya yang pernah memenangi pelbagai biasiswa dan anugerah sebelum ini.

Berkongsi mengenai naskhah Rumah Nda Bertanah, Putri berkata, filem pendek itu berkisar kanak-kanak lelaki bernama Toteng (lakonan Rahim Jimlali) berusia 11 tahun yang tidak mempunyai kerakyatan.

Suatu hari, Toteng yang bekerja di pusat pengumpula­n sampah bersama ibunya, terjumpa sebuah buku lalu menunjukka­n kepada kakaknya.

Bagaimanap­un, persoalan yang dibangkitk­an kakaknya menyebabka­n Toteng yang buta huruf, berminat mengetahui isi kandungan buku berkenaan.

Sejak itu, setiap hari dia akan ‘mencuri’ wang 50 sen daripada ibunya supaya dia dapat menghadiri kelas dikendalik­an seorang guru di tapak pelupusan sampah terbabit.

Putri berkata, naratif akhir kisah Rumah Nda Bertanah diilhamkan daripada kisah benar.

Malah, Putri mengambil pelakon merangkumi anak-anak yang tiada status kewarganeg­araan untuk menjadikan karyanya lebih realistik.

Bagaimanap­un, ini bukan kali pertama Putri mengangkat kisah kanak-kanak yang tiada status kerakyatan.

Putri pernah menghasilk­an naskhah seperti Mimpi Untuk Terbang, Aku Mau Skola dan Jiwa Yang Ndak Kelihatan yang berkaitan kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Saya membesar dan melihat bagaimana kesukaran dihadapi anak-anak yang tiada status ini.

“Mereka dinafikan hak untuk bersekolah, semata-mata kerana mereka tidak memiliki dokumen.

“Jadi, kebanyakan skrip yang saya tulis diilhamkan daripada situasi itu. Kisahnya lebih dekat dengan saya dan yakin impaknya lebih kuat.

“Saya tidak menggunaka­n watak profesiona­l sebaliknya hanya menggunaka­n watak amatur saja dan tiada uji bakat dibuat,” katanya.

Putri berkata, kebanyakan filem yang dihasilkan lebih kepada kritikan sosial yang berkisar kehidupan dan impian kanakkanak yang tercicir daripada pendidikan disebabkan status mereka.

“Mereka hanya menjadi mangsa dan saya tidak mahu ada pihak menuding jari pada kanakkanak ini,” katanya.

Menurut Putri lagi, dia yakin kanak-kanak tidak berstatus itu masing-masing ada impian.

Baginya, dia bernasib baik kerana mempunyai dokumen pengenalan diri dan kerakyatan serta beruntung kerana dapat meneruskan cita-cita diimpikan.

 ??  ?? penduduk setempat dan kanak-kanak tidak berstatus sebagai pelakon dalam Rumah Nda Bertanah yang berdurasi 17 minit 48 saat.
penduduk setempat dan kanak-kanak tidak berstatus sebagai pelakon dalam Rumah Nda Bertanah yang berdurasi 17 minit 48 saat.
 ??  ??
 ??  ?? Kisah kehidupan kanak-kanak tanpa kerakyatan yang mencari rezeki di tapak pelupusan sampah digarap bijak Putri dalam Rumah Nda Bertanah.
Kisah kehidupan kanak-kanak tanpa kerakyatan yang mencari rezeki di tapak pelupusan sampah digarap bijak Putri dalam Rumah Nda Bertanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia