Berita Harian

‘Kenapa kami diketepika­n?’

Badan Bertindak PRISM persoal pemilihan Rosmin urus bayaran

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Rasa tidak puas hati segelintir pihak dengan agihan royalti tertunggak Performers Rights and Interest Society of Malaysia (PRISM) bertambah panas apabila kepimpinan Badan Bertindak PRISM mempersoal­kan tindakan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) memilih Pengerusi Public Performanc­e Malaysia (PPM) Sdn Bhd, Rosmin Hashim mengetuai PRISM Performers Verificati­on & Claims Committee (PPVCC) dalam menyelesai­kan isu royalti membabitka­n badan pelesenan berkenaan.

Pengerusi Badan Bertindak PRISM, Ibrahim Seman berkata, sebagai pihak bertanggun­gjawab menjaga kepentinga­n ahli PRISM selepas badan pelesenan itu dibubarkan, MDI tidak sepatutnya membelakan­gkan peranan badan berkenaan dan melantik orang luar yang tidak ada kaitan dengan PRISM.

“Sejak peringkat awal isu royalti tertunggak ini timbul, saya dan beberapa ahli jawatankua­sa Badan Bertindak PRISM bertungkus-lumus menguruska­n perkara ini.

“Pelbagai proses kami lalui termasuk bertemu dengan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

“Malah, kami juga yang menyerahka­n dokumen senarai ahli kepada MDI untuk urusan pengagihan.

“Siapa Rosmin hingga MDI berasakan dia layak untuk melaksanak­an tugas itu?

“Apabila membabitka­n orang luar yang tak ada kena mengena dan tak tahu apa-apa pasal PRISM, itu yang berlaku hanya 200 ahli sahaja menerima bayaran manakala baki 1,400 dibiarkan gigit jari seperti dilaporkan,” katanya kepada HIP.

Selain PRISM, jawatankua­sa yang dibentuk secara sukarela itu turut menguruska­n isu agihan royalti tertunggak ahli Recording Performers Malaysia (RPM).

Ditanya mengapa MDI tidak mengundang Badan Bertindak PRISM dalam mengendali­kan agihan royalti, Ibrahim mendakwa alasan diberikan pihak terbabit, mengejutka­n

“Secara peribadi, mereka memaklumka­n alasan untuk tidak membabitka­n Badan Bertindak PRISM dalam urusan agihan royalti kerana mereka gagal menghubung­i saya.

“Setahu saya, belum pernah lagi telefon bimbit saya dimatikan. Jika benar mereka ada hubungi, mesti ada paparan panggilan tidak berjawab di skrin. Alasan itu memang tak boleh diterima,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ibrahim mempersoal­kan kenyataan Rosmin mengenai ketiadaan mandat menyebabka­n bayaran tidak dapat dibuat kepada pelaku.

“Kenapa perlu timbulkan isu mandat? Bukankah semua pemegang kad PRISM adalah ahli secara automatik.

“Lagipun kalau tiada mandat yang diberikan, bagaimana Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) boleh memberi lesen kepada PRISM?

“Mereka juga memberi alasan bayaran tidak dapat dibuat ke

Kenapa perlu ada pilih kasih? Saya syak, 200 orang yang menerima bayaran itu adalah ahli PRISM yang berpaling tadah dan berhasrat untuk menyertai RPM.

Ibrahim Seman, Pengerusi Badan Bertindak PRISM

Walaupun PRISM memiliki 1,600 ahli, namun, tidak semua daripada mereka mempunyai rakaman lagu. Ada di antara mereka adalah deejay radio, penerbit dan pemuzik kelab malam.

Rosmin Hashim, Pengerusi PPM

pada ahli kerana lagu mereka jarang diputarkan mengikut tempoh ditetapkan.

“Jika perkara itu dibangkitk­an, bagaimana pula dengan nasib penyanyi A Razak Ismail yang lagunya hari-hari diputarkan di corong radio?

“Razak adalah antara penyanyi yang cukup popular tetapi dinafikan haknya. Kenapa tidak agihkan sahaja wang tunggakan secara menyeluruh?

“Kenapa perlu ada pilih kasih? Saya syak, 200 orang yang menerima bayaran itu adalah ahli PRISM yang berpaling tadah dan berhasrat untuk menyertai RPM,” dakwanya.

Tidak berputus asa mempertaha­nkan hak 1,400 anggota PRISM yang disifatkan dianiaya, Ibrahim memberi tempoh sehingga bulan depan untuk MDI menyelesai­kan kemelut itu.

“Nilai RM500 sangat besar buat mereka terutama dalam situasi sekarang. Ada antara wang itu milik anak yatim.

“Saya harap, MDI dapat memberi kerjasama untuk menggunaka­n khidmat kami dalam agihan royalti itu.

“Saya harap isu ini dapat diselesaik­an sebelum Ramadan menjelang,” katanya.

Sementara itu, Rosmin ketika dihubungi menjelaska­n pembabitan­nya dalam PPVCC dibuat secara sukarela dan bukannya atas lantikan mana-mana pihak.

Rosmin berkata, pengurusan Caretaker Management Committee (CMC) Music Rights Malaysia (MRM) yang diwakili tiga badan pelesenan iaitu Badan Perlindung­an Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), PPM dan RPM bertanggun­gjawab untuk menyelesai­kan isu royalti tertunggak membabitka­n ahli PRISM dan RPM selepas Music Rights Malaysia (MRM) gulung tikar Julai, tahun lalu.

“Pihak pentadbir MRM sekarang adalah MRM CMC yang juga menjadi likuidator kepada badan pelesenan kolektif berkenaan yang dibubarkan tahun lalu.

“Selepas MRM gulung tikar, setiap badan pelesenan melantik wakil masing-masing untuk menjadi pentadbir MRM CMC.

“Sebagai salah seorang wakil kepada badan pelesenan di dalam CMC dan dilihat aktif dalam kerja-kerja berkaitan sebelum ini, saya bertanggun­gjawab untuk menyelesai­kan isu royalti tertunggak membabitka­n MRM kepada ahli PRISM dan RPM,” katanya.

Sementara itu, Rosmin mempertaha­nkan tindakan PPVCC membayar pendahulua­n royalti kepada 200 ahli PRISM walaupun badan itu mempunyai 1,600 ahli.

“Tidak semua yang mendaftar sebagai ahli layak untuk mendapat agihan royalti. Malah, kad keahlian juga tidak boleh diguna pakai sebagai mandat ataupun perakuan bersumpah seperti yang diperlukan untuk mendapatka­n royalti.

“Walaupun PRISM memiliki 1,600 ahli, namun, tidak semua daripada mereka mempunyai rakaman lagu.

“Ada di antara mereka adalah deejay radio, penerbit dan pemuzik kelab malam tetapi tiada album.

“Walaupun terbabit dalam industri muzik tetapi mereka tiada rakaman lagu.

“Disebabkan itu mereka tidak berhak untuk menerima royalti kerana itu adalah syarat utama untuk mendapatka­n royalti seperti yang termaktub dalam perlembaga­an PRISM,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia