Berita Harian

Norma baharu demi survival seni

-

Beralih kepada gaya hidup norma baharu menjadi pilihan yang tinggal buat pembikin filem yang mahu meneruskan kelangsung­an sektor industri kreatif pada era pandemik COVID-19.

Pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, berkata kesediaan dan keterbukaa­n setiap individu melakukan perubahan dalam hidup amat penting kerana sukar diramal bila COVID-19 berakhir.

“Mahu atau tidak, kita terpaksa akur bahawa kita perlu serap amalan norma baharu ini dalam kehidupan seharian.

“Walaupun pawagam sudah dibuka, saya percaya masih ramai yang belum berani untuk menonton di premis itu ketika pandemik masih berleluasa.

“Justeru, dalam tempoh setahun atau dua tahun ini, saya fikir platform digital termasuk penstriman adalah cara terbaik agar naskhah dapat disampaika­n kepada penonton,” katanya kepada HIP.

Mei tahun lalu, Mamat menyahut seruan kerajaan agar rakyat membiasaka­n diri dengan kehidupan norma baharu dengan menayangka­n filem Manap Karaoke di Astro First.

Mamat dilaporkan berkata, langkah itu diambil berikutan pawagam masih belum dibenarkan beroperasi selepas kerajaan melonggark­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika itu.

Filem komedi Manap Karaoke yang membariska­n pelakon terkenal seperti Joey Daud memegang watak Manap, Pekin Ibrahim (Rauf Bogiba) dan Mona Allen (Jamizan), mula ditayangka­n di Astro First pada 7 Mei tahun lalu.

Mamat berkata, tayangan filem di pawagam yang sudah dibenarkan beroperasi semula, bagaimanap­un memberi aura tersendiri dengan skrin besar.

“Apabila filem ditayangka­n di skrin besar, setiap insan yang terbabit dalam karya itu, bermula daripada pelakon hingga kru belakang tabir, rasa lebih dihargai.

“Atmosfera itu sangat berbeza apabila filem ditayangka­n di skrin kecil,” katanya.

 ??  ?? Mamat Khalid
Mamat Khalid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia