Berita Harian

Pertembung­an bangsawan

Aksi United, Milan jadi tumpuan

-

London: Manchester United dan AC Milan akan bertemu pada kelompok 16 terakhir Liga Europa awal pagi esok dalam pertembung­an pasukan bergelar bangsawan Eropah, dengan kedua-dua kelab semakin menunjukka­n tanda kebangkita­n.

Bersama 10 gelaran Liga Juara-juara antara mereka, United dan Milan pernah digeruni di Eropah kerana gaya permainan dan kekuatan kewangan mereka.

Kedua-dua kelab bagaimanap­un kehilangan status berkenaan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan akan bertemu buat kali pertama sejak 2010.

Petunjuk merudumnya tahap kelab dari Old Trafford dan San Siro itu, perlawanan ke-11 antara dua kelab bersejarah gemilang itu buat kali pertama berlaku bukan dalam kelompok kalah mati Liga Juara-juara.

United, juara 20 kali England, tidak pernah menang Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak musim terakhir Alex Ferguson pada 2013.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tampak tidak mampu menamatkan kemarau berkenaan musim ini kerana mereka kini ketinggala­n di belakang pendahulu, Manchester City dengan 11 mata, berbaki 10 perlawanan.

Kemenangan 2-0 mengatasi City menunjukka­n tanda United kini menuju arah yang betul.

Menuntut United untuk terus mengorak langkah, Solskjaer memuji tahap tenaga dimiliki skuadnya.

“Kami akan lakukan apa sahaja untuk meneruskan persembaha­n tertinggi pada setiap hari,” katanya.

Kami sudah banyak meningkat. Kami paling kental, bertahan dan ada banyak personalit­i dalam pasukan. Itulah yang saya suka.”

Sementara itu gelaran terbaru diraih Milan daripada 18 Serie A dimilikiny­a ialah pada 2011, dengan kedudukan keenam musim lalu memberikan mereka tiket pulang ke kejuaraan Eropah selepas setahun menghilang.

Ia adalah langkah perlahan diambil ke arah laluan sebenar buat Milan, yang tidak bermain dalam Liga Juara-juara sejak 2014.

 ??  ?? Gelagat pemain Manchester United, Bruno Fernandes ketika menentang Real Sociedad pada perlawanan 32 terakhir Liga Europa, bulan lalu.
Gelagat pemain Manchester United, Bruno Fernandes ketika menentang Real Sociedad pada perlawanan 32 terakhir Liga Europa, bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia