Berita Harian

Ronaldo punca Juventus tersingkir

-

Turin: Pasukan Cristiano Ronaldo, Juventus tersingkir di peringkat 16 terakhir Liga Juara-juara buat tahun kedua berturut-turut selepas tewas kepada Porto yang bermain 10 orang berdasarka­n gol tempat lawan walaupun menang 3-2 di sini, semalam.

Malah, peminat The Old Lady menyalahka­n bintang Portugal itu susulan kekalahan berkenaan kerana menjadi punca Porto mendapat gol kedua menerusi sepakan percuma masa tambahan Sergio Oliveira sekali gus menghantar juara dua kali itu ke suku akhir ketika saingan berakhir dengan agregat 4-4.

Ronaldo bertindak memalingka­n badan dari terkena bola dan bola tendangan Oliveira itu kemudian melalui celah kakinya sebelum gagal diselamatk­an penjaga gol, Wojciech Szczesny.

Jaringan itu membolehka­n

Porto menjadikan kedudukan 2-2 dan usaha Juventus untuk bangkit selepas itu dengan gol ketiga menerusi Adrien Rabiot sudah terlewat walaupun pelawat hanya beraksi dengan 10 pemain selepas penyerang, Mehdi Taremi dilayangka­n kad merah.

Penyingkir­an itu menyaksika­n impian Ronaldo untuk mencipta rekod menjulang kejuaraan Eropah bersama tiga kelab berbeza kini musnah, malah pemain berusia 36 tahun itu jauh daripada prestasi terbaiknya dalam perlawanan berkenaan.

“Apabila anda membuat empat kesilapan besar dalam dua perlawanan kelompok 16 terakhir Liga Juara-juara, anda boleh tersingkir,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

“Ia memerlukan beberapa hari untuk memadam perlawanan ini daripada minda, namun kami perlu bermain setiap perlawanan selepas ini dengan perwatakan yang betul, menyedari kami masih berada pada Mac dan ada masa untuk mendaki kedudukan Serie A.”

Penyingkir­an itu juga menyebabka­n kekecewaan Juventus dalam Liga Juara-juara berterusan untuk tempoh 25 tahun, gagal dalam pusingan kalah mati pertama buat tahun kedua berturut-turut selepas tewas kepada Lyon musim lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia