Berita Harian

‘Tak adil hanya atlet Olimpik’

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Juara silat dunia sambut baik syor MOM perluas skim pencen

Kuala Lumpur: Juara silat dunia tiga kali, Mohd Al Jufferi Jamari menyambut baik cadangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk memperluas­kan skim pencen Olimpian kepada atlet lain yang turut mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa.

Menurutnya, meskipun masih di peringkat cadangan, ia secara tidak langsung membakar semangat mereka yang tidak beraksi di Sukan Olimpik untuk terus berjuang mengibarka­n Jalur Gemilang.

"Bagi saya, perjuangan kami sama seperti atlet yang beraksi di Olimpik. Malah, tidak adil kalau hanya atlet daripada sukan yang dipertandi­ngkan di Olimpik saja yang layak menerima skim pencen.

“Saya sendiri sudah beberapa kali muncul juara dunia selain memenangi pingat emas di Sukan SEA,” kata anak jati Bukit Setongkol, Kuantan berusia 29 tahun itu yang memenangi empat emas berturut-turut di Sukan SEA bermula dari edisi 2011 di Indonesia sehingga Kuala Lumpur 2017.

Kelmarin, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, MOM mahu memperluas­kan cadangan skim pencen Olimpian bukan saja kepada atlet yang beraksi di Sukan Olimpik tetapi juga kepada atlet lain yang turut beraksi di peringkat antarabang­sa.

Katanya, MOM sedang bekerjasam­a dengan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) berkaitan proses perundanga­n cadangan berkenaan yang mula diperhalus­i sejak tahun lalu itu.

Norza turut mengharapk­an, cadangan berkenaan dapat memberi galakan kepada atlet generasi baharu untuk menjadikan sukan sebagai karier mereka dan boleh menyediaka­n masa depan yang lebih terjamin.

“Tentunya saya gembira dan berita ini membakar semangat kami semua. Mungkin generasi akan datang juga lebih bersemanga­t dan kita harap perkara ini akan menjadi kenyataan.

“Tidaklah kami terkontang­kanting apabila sudah bersara nanti. Apabila berhenti menjadi atlet, gaji pun akan turut terhenti. Setidak-tidaknya ada juga kelebihan lain buat atlet yang bukan daripada Sukan Olimpik,” katanya.

Untuk rekod, Jufferi yang beraksi dalam kelas Putra E meraih gelaran juara dunia pada 2012, 2015 dan 2016.

 ??  ?? Mohd Al Jufferi
Mohd Al Jufferi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia