Berita Harian

YAKEB bantu Kumin

-

Kuala Lumpur: Bapa bekas pemain ragbi remaja kebangsaan, Baharuddin Mohamed berterima kasih kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang membantu meringanka­n beban anaknya, Izzat Hazziq bagi mendapatka­n rawatan di Hospital Rehabilita­si Cheras.

Baharuddin mengakui bantuan YAKEB ini secara tidak langsung dapat mengurangk­an kos fisioterap­i yang perlu ditanggung keluargany­a selain turut mengharapk­an proses pemulihan anaknya yang lebih mesra disapa Kumin yang berusia 27 tahun itu berjalan lancar.

“Saya sebagai ayah terharu dengan pertolonga­n diberikan banyak pihak terutama YAKEB, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (Datuk Ahmad Shapawi Ismail), ISN (Institut Sukan Negara), UITM (Universiti Teknologi Mara) dan Datuk Mohd Alwi (Ahli Lembaga Pengarah dan juga Ketua Panel Penasihat Kesihatan YAKEB) yang turut sama membantu anak saya.

“Bantuan diberikan YAKEB sangat diperlukan terutama dari segi rawatannya kerana dia memerlukan rawatan fisioterap­i secara berterusan,” kata Baharuddin, 53, kepada media selepas aktiviti ‘Visit & Treat’ YAKEB di Hospital Rehabilita­si Cheras, semalam.

“Kalau tak ada YAKEB membantu, saya rasa agak sukar sedikit kerana kos rawatan pun agak tinggi selain proses pemulihan itu mungkin mengambil masa lebih panjang. Dengan adanya bantuan seperti ini, saya rasa akan lebih cepat dan mudah, bukan saja untuk anak saya tetapi juga semua atlet (yang memerlukan bantuan).”

Pada 2016, Izzat yang juga anak sulung daripada tiga beradik terbabit kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari UITM Shah Alam, Selangor ke rumah mereka di Senawang, Negeri Sembilan.

Kemalangan itu menyebabka­n Izzat mengalami kecederaan parah di kepala yang menyebabka­n kesukaran untuknya berkomunik­asi dan juga bergerak.

Sementara itu, Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata pihaknya berharap bekas pemain ragbi itu pulih secepat mungkin.

Noorul

 ??  ?? (kanan) bersama Izzat (berkerusi roda) dan Baharuddin (kiri) di Hospital Rehabilita­si Cheras, semalam.
(kanan) bersama Izzat (berkerusi roda) dan Baharuddin (kiri) di Hospital Rehabilita­si Cheras, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia