Berita Harian

Hamidin janji tak pilih kasih

-

Petaling Jaya: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, Datuk Hamidin Mohd Amin berjanji akan memberikan perkhidmat­an terbaik kepada semua persatuan sukan kebangsaan yang menghantar pasukan menyertai temasya dwitahunan itu.

Katanya, biarpun dilantik di atas kapasiti sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun beliau memberi jaminan akan memberi layanan sama rata bagi memastikan kontinjen negara berada pada tahap terbaik menjelang temasya berkenaan.

“Ini semua persepsi, apabila saya menjadi ketua kontinjen ini, bola sepak itu adalah salah satu elemen dan saya tidak boleh lari. Samalah seperti Datuk Naim Mohamed (Ketua Kontinjen Sukan SEA 2011) yang ketika itu bawa basikal (Timbalan Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia).

“Saya ada cara saya yang tersendiri dan saya akan mengadakan pertemuan dengan persatuan sukan secepat yang mungkin, malah pada 18 dan 19 Mac ini kita akan ada mesyuarat Jawatankua­sa Pemilihan.

“Saya faham setiap sukan ada permintaan yang berbeza. Selaku ketua kontinjen, saya mahu pastikan semua pasukan melakukan persiapan terbaik dan bersemanga­t pada November di Hanoi nanti. Dari segi sukan yang akan disertai, jumlah atlet dan sasaran akan ditentukan kemudian,” katanya ketika sidang media di Wisma FAM di sini, semalam.

Pada sidang media itu juga, Pengurus Besar Majlis Olimpik

Malaysia (MOM) Norhashimi Hussain menyerahka­n surat pelantikan ketua kontinjen kepada Hamidin.

Kelmarin, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumka­n pelantikan Hamidin bagi mengetuai kontinjen negara ke Hanoi sekali gus menjadi wakil pertama daripada sukan bola sepak yang diberi tanggungja­wab memikul tugas berkenaan sejak temasya itu diperkenal­kan pada 1959.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hamidin (kanan) menerima dokumen pelantikan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Vietnam 2021 daripada Pengurus Besar Majlis Olimpik Malaysia Norhashimi Hussain di Wisma FAM, semalam.
(Foto BERNAMA) Hamidin (kanan) menerima dokumen pelantikan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Vietnam 2021 daripada Pengurus Besar Majlis Olimpik Malaysia Norhashimi Hussain di Wisma FAM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia