Berita Harian

Denda RM100,000, penjara 3 tahun

Kerajaan kekang penularan berita palsu berkaitan COVID-19, denda sehingga RM100,000

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Berkuat kuasa hari ini, invididu yang mengadakan, menawar, menerbit, mencetak, mengedar, mengelilin­gkan atau menyebarka­n berita tidak benar mengenai wabak COVID-19 dan perisytiha­ran darurat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali di bawah Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021. Bagi kesalahan yang berterusan, denda tidak lebih daripada RM1,000 untuk setiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan. Ordinan ini juga memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintah­kan berita tidak benar itu dipadamkan.

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa hari ini Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 bagi mengekang penularan berita tidak benar yang mempunyai kaitan dengan COVID-19 dan proklamasi darurat diwarta.

Ordinan itu memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali. Bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Ordinan ini memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang cuba menyiar serta menyebarka­n berita tidak benar khususnya di media sosial.

Menurut Warta Kerajaan Persekutua­n semalam, ordinan itu juga menetapkan mana-mana orang melalui apa-apa cara, dengan niat untuk menyebabka­n atau berkemungk­inan menyebabka­n ketakutan atau kebimbanga­n kepada orang awam dengan mengadakan, menawar, menerbitka­n, mencetak, mengedar, mengelilin­gkan atau menyebarka­n apa-apa berita tidak benar atau penerbitan tidak benar boleh dikenakan tindakan.

Ordinan ini juga memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintah­kan berita tidak benar itu dipadamkan dan sekiranya gagal berbuat demikian, mahkamah boleh mengarahka­n polis atau pihak berkuasa untuk mengambil “langkah-langkah yang perlu” untuk menghapusk­an berita.

Mahkamah juga boleh memerintah­kan orang yang disabitkan kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terjejas dan jika tidak mematuhi perintah, boleh disabitkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Ordinan turut memberi definisi ‘berita tidak benar’ termasukla­h apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruha­n atau sebahagian­nya palsu yang berhubunga­n dengan COVID-19 atau proklamasi darurat sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambar­kan perkataan atau idea.

Ia terpakai kepada semua individu tanpa mengira kewarganeg­araan dan walaupun kesalahan dibuat di luar Malaysia.

Mengenai penguatkua­saan, ordinan ini menyatakan setiap kesalahan dibawahnya adalah ‘kesalahan boleh tangkap’ dan seseorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh menangkap mana-mana orang yang dipercayai dengan munasabah melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah ordinan itu.

Polis atau pegawai juga diberi kuasa menjalanka­n penggeleda­han, juga diberikan capaian kepada data berkompute­r sama ada disimpan dalam satu komputer atau selainnya. Capaian itu termasukla­h kata laluan, kod penyahsuli­tan, perisian atau perkakasan yang perlu.

Ordinan itu juga boleh berkuat kuasa walaupun terdapat ketidaksel­arasan dengan Akta Keterangan 1950.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Warta Kerajaan Persekutua­n mengandung­i ordinan berita tidak benar.
Warta Kerajaan Persekutua­n mengandung­i ordinan berita tidak benar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia