Berita Harian

Polis sudah mula kuat kuasa kompaun RM10,000 bagi kesalahan langgar SOP PKP

Tindakan lebih tegas pastikan SOP dipatuhi elak risiko jangkitan

- Oleh Safeek Affendy Razali dan Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kompaun bagi kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 bermula semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ia seiring pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 mulai jam 12.01 tengah malam kelmarin.

Beliau berkata, keputusan menaikkan nilai kompaun bukan bertujuan menghukum secara berlebihan atau membolehka­n kerajaan mengutip wang daripada orang ramai.

“Ia lebih kepada menyedarka­n orang ramai, virus COVID-19 berada di mana-mana.

“Jika PKP yang dilaksanak­an sejak sebulan lalu tidak dipatuhi, bila-bila masa keadaan (kes positif) boleh berubah menjadi lebih buruk berbanding sebelum ini,” katanya pada sidang media DI Bukit Aman, semalam.

Walaupun notis kompaun yang ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, beliau menjelaska­n, jumlah sebenar kompaun bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD).

Beliau berkata, pesalah diberi tempoh dua minggu untuk menjelaska­n jumlah ditetapkan.

Katanya, pegawai atau anggota polis hanya mengeluark­an notis kompaun kepada individu melanggar SOP seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediaka­n alat pengimbas suhu serta cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis serta aktiviti hiburan tanpa lesen.

Abdul Hamid berkata, mereka yang dikompaun boleh memohon budi bicara PKD untuk dipertimba­ngkan jumlah bayaran.

“Kompaun maksimum RM10,000 hanya dikenakan kepada individu melakukan kesalahan berulang dan mereka boleh dikesan menerusi sistem sedia ada.

“Nama pesalah degil ini dah masuk dalam sistem dan mereka inilah yang patut dikenakan kompaun tinggi,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abdul Hamid berkata, pegawai dan anggota polis bertugas di sekatan jalan raya mengawasi pergerakan rentas negeri, diarah melakukan pemeriksaa­n lebih serius dan bukan sekadar melambai.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan ada petugas dikatakan mengambil mudah pemeriksaa­n dalam mengawasi pergerakan rentas negeri.

Katanya, amaran sudah dikeluarka­n kepada semua Ketua Polis Negeri untuk memastikan pemeriksaa­n di sekatan jalan raya dibuat secara serius.

“Kita sudah arahkan supaya kawalan di sempadan negeri diketatkan secara maksimum bagi mengelak percubaan rentas negeri,” katanya.

Berdasarka­n pemerhatia­n, katanya, ada anggota di lapangan didapati duduk di khemah rehat dan melambai sambil membiarkan kenderaan melepasi sekatan.

Abdul Hamid tidak malu mendedahka­n kelemahan itu walaupun menghargai kegigihan sebahagian besar petugas polis di lapangan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam APM).

“Waktu rehat untuk solat diizinkan secara bergilir tetapi waktu puncak dan sesak, semua perlu turun kawal pemeriksaa­n supaya dapat dipercepat­kan dan mengawal trafik bagi mengelak kesesakan.

Di Kota Bharu, segelintir pegawai dan anggota polis Kelantan dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata pihaknya akan memanggil golongan antivaksin terbabit untuk bersemuka dan mendengar alasan keengganan

Kompaun maksimum RM10,000 hanya dikenakan kepada individu melakukan kesalahan berulang.

Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara

itu.

“Saya dapat tahu ada dalam kalangan pegawai dan anggota polis tersenarai sebagai penerima vaksin COVID-19 enggan disuntik dan akan panggil mereka untuk tahu masalah dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perhimpuna­n Bulanan di Dewan Dato’ Ab Rahman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Shafien berkata, hanya mereka yang menghidap penyakit kronik dan mengandung dikecualik­an daripada menerima suntikan vaksin COVID-19.

Daripada 3,922 pegawai dan anggota polis tersenarai, beliau berkata, seramai 1,018 orang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 di seluruh Kelantan setakat ini.

Katanya, seramai 2,547 pegawai dan anggota polis disenaraik­an untuk menerima vaksin terbabit bagi fasa pertama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia