Berita Harian

Arab Saudi akui lawatan PM bawa kejayaan besar

-

Kuala Lumpur: Kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi, membuka lebih ruang memperluas hubungan dua hala dalam pelbagai bidang, terutama perdaganga­n dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid al-falih, berkata banyak pencapaian dicapai setakat ini menyaksika­n Arab Saudi menjadi satu daripada rakan dagang utama dan 20 negara dari Asia Barat dengan pelaburan besar di Malaysia.

Katanya, kerajaan negara itu mempunyai dua projek pelaburan dibangunka­n di Johor bernilai RM69.76 bilion dan 44 projek lain bernilai lebih RM1.131 bilion, manakala Malaysia pula sudah melabur dalam 38 projek di Arab Saudi dengan nilai keseluruha­n RM1.73 bilion.

“Visi Arab Saudi 2030 memberikan peluang pelaburan luar biasa bagi pelabur dan syarikat terkemuka di dunia,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka­n Kedutaan Arab Saudi di sini, semalam.

Lawatan Perdana Menteri dilihat membawa kejayaan besar dengan termeterai­nya tiga perjanjian; pertama penubuhan Majlis Penyelaras­an Arab Saudi-malaysia, kedua adalah berkaitan kedatangan jemaah dan ketiga, memorandum persefaham­an (MOU) berhubung hal ehwal Islam.

Kerajaan Arab Saudi juga bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia.

Dalam kenyataan sama, Menteri Perdaganga­n Arab Saudi, Dr Majid Abdullah Al Qasabi, berkata pertukaran perdaganga­n antara kedua-dua negara berjumlah 67 bilion riyal selama lima tahun lalu dan Arab Saudi berada di kedudukan ke-13 antara negara pengekspor­t ke Malaysia.

“Sektor swasta berperanan penting dalam memacu kedua-dua negara mencapai kemajuan pertumbuha­n dan pembanguna­n dalam hubungan ekonomi,” katanya.

Selain kerjasama ekonomi, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, Sheikh Dr Abdullatif Abdulaziz Al-sheikh, berkata kedua-dua negara disatukan dengan ikatan kepercayaa­n, kepentinga­n bersama serta hubungan persaudara­an.

Katanya, Malaysia adalah negara pertama melaksanak­an Makkah Road Initiative yang bertujuan memudahkan jemaah haji dan umrah.

“Kementeria­n akan terus memperluas hubungan dengan Malaysia dalam semua bidang untuk melaksanak­an dakwah Islamiah, memelihara masjid dan meningkatk­an prestasi imam serta pendakwah sesuai dengan visi kepemimpin­an kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan­nya, Dr Hamad Mohammed Al Sheikh, berkata lawatan Perdana

Menteri membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam bidang sains, penyelidik­an dan inovasi serta meningkatk­an kerjasama antara universiti di Arab Saudi dan Malaysia.

“Kementeria­n Pendidikan (Arab Saudi) setiap tahun menyediaka­n 300 biasiswa untuk pelajar Malaysia menyambung pengajian di universiti di Arab Saudi,” katanya.

Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan, berkata lawatan bersama kepemimpin­an kedua-dua negara berkenaan mengesahka­n lagi hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia serta hasrat untuk mencapai kepentinga­n bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia