Berita Harian

Rais mohon Ahli Dewan Negara terima suntikan vaksin awal

-

Kuala Lumpur: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini, memaklumka­n secara rasmi kepada kerajaan supaya anggota Dewan Negara disertakan dalam senarai barisan hadapan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, surat itu diserahkan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pagi semalam.

“Surat itu (bertujuan) menanyakan mengapa Senator iaitu anggota Dewan Rakyat tidak dimasukkan dalam senarai penerima utama (vaksin), bersama penggubal undang-undang yang lain seperti anggota Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Saya mengingatk­an mereka supaya mengembali­kan hak legislatif kepada Senator seramai 66 orang itu. Saya bertindak sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan hal ini hanya dapat diselesaik­an oleh Khairy dan Dr Adham,” katanya.

Semakan pada laman web JKJAV https://www.vaksincovi­d.gov.my/ berkenaan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mendapati Ahli Dewan Negara tidak disenaraik­an bersama

Ahli Dewan Rakyat dan ADUN.

Garis panduan itu menyatakan definisi umum petugas barisan hadapan sebagai anggota berisiko tinggi mendapat dan menyebarka­n COVID-19 iaitu yang terdedah secara langsung kepada individu dijangkiti, individu berisiko tinggi dijangkiti, sampel pesakit atau persekitar­an yang berpotensi menjadi punca jangkitan.

Dokumen itu meletakkan petugas barisan hadapan kepada dua kategori iaitu Kategori 1 bagi anggota terbabit secara langsung dalam penjagaan rawatan dan kesihatan manakala, Kategori 2 bagi anggota terbabit sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamata­n dan perkhidmat­an penting.

Dokumen bertarikh 1 Mac yang ditandatan­gani dua pengerusi bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) iaitu Adham dan Khairy, turut memaklumka­n sebarang pindaan kepada garis panduan itu tertakluk kepada keputusan dan ketetapan JKJAV.

BERNAMA

Surat itu menanyakan mengapa senator iaitu anggota Dewan Rakyat tidak dimasukkan dalam senarai penerima utama (vaksin), bersama penggubal undangunda­ng yang lain seperti anggota Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Rais Yatim,

Yang Dipertua Dewan Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia