Berita Harian

PKPD dua kampung di Sabah dilanjut 2 minggu lagi

-

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah yang sepatutnya tamat hari ini, dilanjutka­n sehingga 26 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan masih ada 322 sampel saringan menunggu keputusan dan kes positif baharu dilaporkan.

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) sudah melaksanak­an 674 ujian saringan dan 81 kes positif COVID-19 direkodkan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju melanjutka­n PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah bermula 13 Mac sehingga 26 Mac ini,” katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), semalam.

Beliau berkata, PKPD di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak ditamatkan hari ini mengikut jadual asal selepas membuat penilaian risiko.

Ismail Sabri memaklumka­n, seramai 4,807 warga asing di negara ini menjalani ujian saringan kelmarin, dengan 114 individu disahkan positif COVID-19.

Katanya, Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) memaklumka­n seramai 603,957 pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 setakat kelmarin.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,614 orang disahkan positif COVID-19,” katanya.

Mengenai operasi pemantauan dan penguatkua­saan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), beliau berkata, sebanyak 70,009 pemeriksaa­n dijalankan kelmarin.

“Seramai 242 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 240 dikompaun, manakala dua lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediaka­n peralatan/merekod diri/pelanggan iaitu 88 kes, tidak memakai pelitup muka (66), tiada penjarakan fizikal (46), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (33), aktiviti pusat hiburan (enam), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (dua) dan ingkar arahan PKPD (satu),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia