Berita Harian

Pesakit bayar sendiri caj hospital swasta

-

Kuala Lumpur: Garis panduan pengendali­an pesakit COVID-19 di hospital swasta adalah sama seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) di fasiliti kesihatan kerajaan, tetapi kos perubatan perlu ditanggung sepenuhnya pesakit sendiri.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata jumlah pesakit COVID-19 ditetapkan mengikut kemampuan dan keupayaan sesebuah hospital terbabit, selain diletakkan berasingan daripada pesakit lain.

Selain itu, katanya, semua pesakit COVID-19 tidak dibenarkan menerima pelawat, sekali gus memberi jaminan kemungkina­n penularan jangkitan COVID-19 di hospital swasta berada pada tahap rendah.

Beliau berkata, pengendali­an pesakit COVID-19 di hospital swasta juga sudah dibuat sejak Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dikuatkuas­akan mulai 11 Januari lalu.

“Pesakit COVID-19 Kategori 1 dan 2 diberi pilihan sama ada mahu menjalani kuarantin di rumah atau hospital, selain semua kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pesakit.

“Pesakit Kategori 3, 4, 5 dan 6 pula akan dimasukkan ke wad yang hanya dikhaskan bagi COVID-19, dilengkapi pakar dan peralatan untuk prosedur rawatan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, dilaporkan berkata pembabitan hospital swasta menguruska­n pesakit COVID-19 adalah antara langkah diambil bagi menangani peningkata­n kes.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan (MMA), Prof

Datuk Dr M Subramania­m, turut memberi jaminan garis panduan merawat pesakit COVID-19 di hospital swasta adalah selamat.

“Hospital swasta memang akan mengambil langkah berjaga-jaga yang mencukupi kerana kesediaan mereka terima pesakit COVID-19 akan menjejaska­n pelan perniagaan masing-masing.

“Ini kerana, hospital swasta bergantung kepada pesakit untuk menjana pendapatan mereka. Justeru, orang ramai tidak perlu khuatir akan tahap keselamata­n pihak swasta mengendali­kan pesakit COVID-19,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia