Berita Harian

Selangor masih catat kes jangkitan harian tertinggi

Negeri rekod 712 penularan semalam, 43.23 peratus daripada jumlah seluruh negara

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Selangor kekal mencatatka­n kes harian COVID-19 tertinggi apabila 712 kes dilaporkan semalam, mewakili 43.23 peratus daripada jumlah keseluruha­n 1,647 kes di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 619 kes atau 86.94 peratus daripada kes dilaporkan di negeri itu membabitka­n kluster sedia ada dan saringan kontak rapat, diikuti Johor dengan 170 kes (10.32 peratus) dan Pulau Pinang dengan 169 kes (10.26 peratus).

Katanya, daripada jumlah keseluruha­n 1,647 kes semalam yang menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara sebanyak 319,364, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebanyak 116 atau 7 peratus kes pula berkait dengan kluster dalam penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).

“Antara yang mencatatka­n pertambaha­n kes semalam adalah Kluster DTI Machap Umboo dengan 67 kes baharu, diikuti Kluster Tembok Tapah iaitu 38 kes.

“Selain itu, lima kes dilaporkan dalam Kluster Tembok Mempaga, tiga kes dalam Kluster Penjara Jalan Harapan, dua kes dalam Kluster DTI Persiaran Wawasan dan satu kes dalam Kluster Tembok Pengkalan Chepa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehingga semalam, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 di negara ini ialah 17,544 dan daripada jumlah itu, 147 sedang dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 61 masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, katanya, sembilan kes kematian yang dilaporkan semalam membabitka­n warganegar­a berusia antara 48 hingga 78 dengan empat kes di Selangor, dua di Johor dan masing-masing satu kes di Perak, Kelantan serta Kuala Lumpur yang semua mempunyai pelbagai penyakit kronik.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,200 atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes,” katanya menambah lima kluster baharu turut dikesan semalam, iaitu tiga berpunca di tempat kerja dan masing-masing satu dikesan di pusat tahanan serta dalam kalangan komuniti.

Beliau memaklumka­n, Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan dikesan di daerah Klang dan sehingga kini sudah menjangkit­i 31 kes, diikuti Kluster Teknologi Tenggara di Batu Pahat, Johor yang menjangkit­i 12 kes, Kluster Jalan Masyhur Enam di Johor Bahru pula menjangkit­i 52 kes, manakala Kluster DTI Machap Umboo di Alor Gajah, Melaka menjangkit­i 83 kes.

“Kluster baharu lain adalah Kluster Jambatan Satu Bombalai di Kalabakan, Sabah yang menjangkit­i 15 kes,” katanya turut memaklumka­n sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat 2,104 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 300,620.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, 2,104 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 300,620.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah membuat pendaftara­n sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di Petaling Jaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah membuat pendaftara­n sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia