Berita Harian

Kerajaan fokus sediakan peluang kerja, bantu rakyat

Usaha berterusan pastikan kebajikan, kesejahter­aan terpelihar­a

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Putrajaya: Usaha mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan serta mengutamak­an bantuan langsung dan tidak langsung bagi meringanka­n beban dihadapi rakyat adalah sebahagian daripada fokus utama Kementeria­n Kewangan sepanjang tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata menjadi keutamaan kerajaan memastikan nasib rakyat terbela, terutama bagi mereka yang berada dalam sektor ekonomi tidak rasmi.

“Kajian yang dibuat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) mendapati masih terdapat mereka yang tercicir daripada menerima bantuan disebabkan tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan yang terbabit,” katanya ketika membentang­kan laporan Unit Pelaksanaa­n dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-44, semalam.

Tengku Zafrul berkata, fokus lain Kementeria­n Kewangan tahun ini ialah memacu proses Pendigital­an Malaysia bagi mencapai objektif Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan inisiatif Mydigital.

Tengku Zafrul

Kementeria­n juga akan mentransfo­rmasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menentukan kembali hala tuju visi dan misi syarikat terbabit, khususnya selepas negara dilanda pandemik COVID-19.

“Usaha berterusan untuk membantu pemulihan perniagaan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mempercepa­tkan projek yang akan mendorong pemulihan dan pembanguna­n ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, jangka masa setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk adalah tempoh sukar kerana terpaksa berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Namun, ini tidak pernah menjadi penghalang atau pematah semangat dalam memastikan kebajikan dan kesejahter­aan rakyat terus terpelihar­a,” katanya.

Sehingga kini, katanya antara pencapaian kerajaan ialah menyelamat­kan 2.7 juta pekerjaan melalui Program Subsidi Upah bernilai RM14.4 bilion.

Kerajaan juga katanya, berjaya mengurangk­an kadar penganggur­an daripada 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.8 peratus pada Disember 2020.

“Selain itu usaha diambil membantu aliran tunai rakyat melalui program moratorium pinjaman automatik selama enam bulan dan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar dengan jumlah moratorium RM100 bilion selain bantuan bayaran balik pinjaman bersasar RM51.5 bilion.

“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga meningkat lebih kurang 24 peratus, di mana KDNK yang dicatatkan pada suku tahun keempat 2020 ialah RM357.4 bilion berbanding dengan RM289.4 bilion pada suku tahun kedua 2020.

“Menurut Bank Dunia, KDNK Malaysia dijangka meningkat pada kadar 5.6 peratus hingga 6.7 peratus bagi 2021,” katanya.

Sehingga kini, pencapaian kerajaan ialah menyelamat­kan 2.7 juta pekerjaan melalui Program Subsidi Upah bernilai RM14.4 bilion.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan

 ?? (Foto FB Tengku Zafrul) ?? ketika membentang­kan laporan LAKSANA Ke-44 secara dalam talian di Facebook, semalam.
(Foto FB Tengku Zafrul) ketika membentang­kan laporan LAKSANA Ke-44 secara dalam talian di Facebook, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia