Berita Harian

Kos projek 5G diketahui selepas proses tender dibuka

-

Putrajaya: Kos yang lebih tepat bagi projek infrastruk­tur 5G dijangka akan dapat dikenal pasti selepas proses tender terbuka dimulakan tidak lama lagi, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada masa ini, katanya jumlah keperluan pelaburan untuk projek infrastruk­tur 5G dianggarka­n RM15 bilion, membabitka­n kos infrastruk­tur serta operasi dan penyelengg­araan tahunan dalam tempoh projek selama 10 tahun.

“Digital Nasional Bhd (DNB) akan menilai pilihan inovatif untuk mewujudkan struktur pembiayaan kos efektif yang boleh digunakan untuk projek infrastruk­tur seperti ini.

“Adalah dijangkaka­n ia akan dibiayai melalui perjanjian kerjasama awam-swasta,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaa­n dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-44, semalam.

Tengku Zafrul menjelaska­n, konsep pembinaan infrastruk­tur 5G ialah menggalakk­an persaingan berasaskan perkhidmat­an di pasaran.

“Ini akan menyaksika­n syarikat telekomuni­kasi kurang terikat untuk melabur dalam infrastruk­tur 5G dengan modal yang tinggi, sebaliknya akan lebih menumpukan perhatian pada peningkata­n inovasi perkhidmat­an dengan kos berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, dengan pengukuhan liputan di seluruh negara, rakyat dan perniagaan mampu mengakses aplikasi digital generasi akan datang sebagai sebahagian daripada norma baharu.

“Kos yang lebih rendah akan meningkatk­an permintaan, seterusnya meningkatk­an digitalisa­si negara.

“Semakin banyak negara mula menggunaka­n 5G termasuk di ASEAN. Kerajaan perlu segera mengambil tindakan mempercepa­tkan penggunaan 5G supaya kita tidak ketinggala­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia