Berita Harian

MAFI komited atasi cabaran ekonomi ketika pandemik

Pelbagai agenda, inisiatif dilaksana pastikan sektor pertanian, industri makanan tak terjejas

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Putrajaya: Sepanjang tahun lalu, negara berdepan cabaran ekonomi paling getir, khususnya pada suku kedua dengan penguncupa­n tertinggi iaitu 17.1 peratus berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga PKP Bersyarat (PKPB) bagi mengawal penularan COVID-19.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru mengambil alih pentadbira­n pada Mac tahun lalu ketika COVID-19 muncul, terpaksa mengambil pelbagai langkah jerih untuk memulihkan keadaan. Ketika itu apabila PKP dilaksanak­an, majoriti sektor terpaksa ‘direhatkan’ dan implikasin­ya begitu besar apabila semua sektor menguncup kecuali sektor pertanian dan industri makanan yang mencatatka­n pertumbuha­n iaitu 0.1 peratus.

Jumlah pertumbuha­n direkodkan mungkin kecil, tetapi ia menjadi kayu ukur kerja keras dan komitmen Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang berdepan cabaran besar, terutama memastikan jaminan sekuriti makanan untuk rakyat sepanjang tempoh PKP.

Jika diimbau semula gelombang pertama PKP, kebanyakan rakyat bimbang terhadap risiko terputus bekalan makanan sehingga ada yang membuat pembelian panik dengan membeli barang keperluan dalam kuantiti banyak.

Prihatin terhadap keresahan masyarakat, kerajaan PN yang baru mengambil alih pentadbira­n memutuskan langkah tepat dengan menyenarai­kan sektor pertanian dan industri makanan sebagai satu perkhidmat­an perlu dari peringkat awal PKP dilaksanak­an hingga sekarang.

Mengulas kesukaran dihadapi yang dilalui hingga kini sesudah Setahun Malaysia Prihatin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang memulakan tugas di MAFI pada 11 Mac 2020 berkata, ramai yang beranggapa­n kementeria­nnya berdepan cabaran mengatasi kekurangan bekalan makanan.

“Ketika PKP pertama, kita bukan sahaja berdepan kekurangan makanan, tetapi perlu mengurus isu lambakan sayuran (hasil tanaman) disebabkan penutupan outlet pemasaran.

“MAFI mengambil pelbagai pendekatan bagi mengurus isu lambakan ini antaranya mewujudkan Pasar Segar Terkawal (PST) membabitka­n 196 lokasi terpilih.

“Kami juga menjalanka­n pemasaran dalam talian dengan menjalin kerjasama strategik antaranya dengan Shopee, Lazada, Mygrocer, Ourshop/ourfarm Airasia, Dropee dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas berucap pada Majlis Pencapaian Setahun Malaysia Prihatin anjuran MAFI di sini, baru-baru ini.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, sepanjang setahun menerajui MAFI, pelbagai agenda, inisiatif dan insentif baharu diperkenal­kan bagi memperkasa industri pertanian dan makanan serta memastikan pemainnya meraih manfaat dan dilindungi kebajikann­ya.

Katanya, MAFI meletakkan agenda sekuriti makanan sebagai agenda nasional dengan tertubuhny­a Jawatankua­sa Kabinet Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang turut menjadi Jawatankua­sa Kabinet pertama dibentuk di bawah kerajaan PN.

Melalui FSCC dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lahirnya Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) iaitu jalinan kerjasama di antara kerajaan dan syarikat peneraju swasta bagi memastikan industri padi dan beras negara lebih kompetitif dan berdaya saing.

“MAFI melihat produktivi­ti dan tahap sara diri (SSL) padi perlu ditingkatk­an dari semasa ke semasa,

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? Ronald Kiandee,
Ronald Kiandee,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia