Berita Harian

Skim insurans pertanian agromakana­n dilancar hujung tahun

-

Putrajaya: Skim insurans pertanian dan agromakana­n pertama di Malaysia dijangka dilancarka­n pada penghujung tahun ini yang bertujuan menjamin keselamata­n makanan dan memelihara kebajikan pengusaha industri itu di seluruh negara.

Program rintis inisiatif Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu masih diperhalus­i pada peringkat kementeria­n dan akan diterajui agensi pembiayaan­nya, Agrobank.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata skim insurans ini dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada dana kerajaan yang menanggung jutaan ringgit bagi bantuan bencana.

“Kerajaan di bawah Rancangan

Malaysia Ke-12 (RMKE-12) memperuntu­kkan RM80 juta untuk bantuan bencana alam bagi pelbagai tanaman termasuk padi.

“Perbelanja­an (disebabkan bencana alam) amat besar dan perlu ditanggung kerajaan saban tahun dan kerana itu MAFI berpandang­an pendekatan ini tidak boleh dilakukan secara berterusan.

“Ia juga bukan sesuatu yang unik kerana negara pertanian seperti Vietnam, Filipina, China dan apatah lagi di Eropah turut melaksanak­annya,” katanya.

Ronald berkata, setakat ini, pihaknya sedang memutuskan bentuk insurans yang akan diperkenal­kan, termasuk premium liputan dan penyertaan pemain industri yang berkaitan. begitu juga bagi pendapatan pesawah.

“Melalui pendekatan ini, pemain industri sedia ada dilibatser­takan, maknanya mereka akan bantu pesawah bangunkan tanah. Jadi, ia tidak babitkan peruntukan kerajaan atau kos (dibiaya sendiri) pesawah, tetapi ditanggung pemain industri bagi pembelian baja, meracun termasuk membangunk­an tanah sawah,” katanya.

Melalui kaedah ini, katanya, produktivi­ti tanah sawah diusahakan pesawah persendiri­an mampu menyamai ladang milik swasta yang boleh mencapai 9 hingga 10 tan per hektar.

Beliau berkata, MAFI tidak melupakan kebajikan pengusaha tanaman di Sabah dan Sarawak, antaranya dengan menyalurka­n subsidi bagi tanaman padi bukit yang banyak diusahakan kedua-dua negeri berkenaan.

“Kerajaan memperuntu­kkan RM360 juta mewujudkan Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud di Sabah dan setakat ini RM160 juta peruntukan digunakan,” katanya.

Beliau tidak menolak jika ada syarikat insurans ingin bekerjasam­a dan tampil dengan polisi bersesuaia­n bagi mewujudkan skim insurans berasaskan pertanian.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ronald berkata, kementeria­nnya juga bakal melancarka­n Dasar Agromakana­n Negara 2.0 (DAN 2.0) 2021-2030 bulan depan.

“DAN 2.0 adalah dasar jangka panjang bagi tempoh 10 tahun yang menggarisk­an pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk memodenkan sektor agromakana­n kepada industri berasaskan teknologi moden, mampan dan berdaya tahan. Ia menjadi dasar utama dan rujukan negara membangunk­an sektor agromakana­n,” katanya.

Ronald melawat

 ??  ??
 ?? (Foto Faiz Anuar /BH) ?? kawasan tanaman cili melalui kaedah fertigasi di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, baru-baru ini.
(Foto Faiz Anuar /BH) kawasan tanaman cili melalui kaedah fertigasi di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia