Berita Harian

Bukan Bumiputera tak perlu kepujian Bahasa Melayu

Kelonggara­n galakkan lebih ramai sertai PDRM

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Warga Malaysia bukan Bumiputera yang layak kini boleh mengisi kekosongan jawatan konstabel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata kelonggara­n syarat itu diberi bagi permohonan jawatan konstabel Gred YA1 lelaki dan perempuan menerusi Pengambila­n Khas Bukan Bumiputera mulai 18 Mac ini.

“Kelonggara­n syarat ini sebagai galakan supaya lebih ramai rakyat Malaysia bukan Bumiputera menyertai PDRM kerana pasukan ini memerlukan khidmat mereka.

“Bagaimanap­un, mereka yang terpilih ke dalam jawatan perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu peringkat SPM dalam tempoh enam tahun mereka berkhidmat dan perlu lulus dengan kepujian.

“Sekiranya masih gagal dalam tempoh enam tahun, khidmat mereka akan ditamatkan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Beliau berkata, permohonan dibuka bermula 18 hingga 31 Mac ini dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://epengambil­anpdrm.rmp.gov.my. Katanya, individu bukan Bumiputera yang pernah memohon sebelum ini boleh membuat permohonan baharu.

“Keutamaan diberi kepada pemohon bukan Bumiputera yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda lain,” katanya

Ramli berkata, pemohon mesti berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh permohonan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan diiktiraf kerajaan.

Ramli Din

Katanya, pemohon hanya perlu memiliki satu kepujian untuk mana-mana subjek peringkat SPM dan lulus empat mata pelajaran lain atau lulus Sijil Vokasional Malaysia.

“Pemohon perlu memenuhi syarat lain antaranya kelayakan fizikal, iaitu tinggi sekurang-kurangnya 163 sentimeter (cm) bagi lelaki dan 157cm bagi wanita” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia