Berita Harian

Mengangkat kembali agenda ekonomi Bumiputera

- Penulis adalah Ahli Dewan Rakyat dan Naib Presiden PAS

Tanggal 1 Mac lalu, genap setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerajui Kerajaan Persekutua­n selepas kejatuhan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama 22 bulan.

Persoalan penting perlu dilihat dalam konteks dua kerajaan berbeza ini. Antaranya sejauh mana kedua-duanya menjaga kepentinga­n Bumiputera dengan melaksanak­an inisiatif dan dasar dalam membantu agenda Bumiputera.

Umum tahu, agenda Bumiputera bukan satu daripada perkara pokok ditekankan atau ingin dilaksanak­an dalam dasar kerajaan PH.

Hal ini juga sering berkait rapat dengan rakyat yang sentiasa dimomokkan bahawa kerajaan ketika itu tiada sumber kewangan dan dibebani hutang ditinggalk­an kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanak­an dasar dalam membantu rakyat, terutama mengangkat semula agenda Bumiputera itu sendiri.

Bagaimanap­un, sejurus PN mengambil alih tampuk pentadbira­n negara, kita dapati kerajaan ‘berbelanja’ untuk kepentinga­n rakyat apabila sekurang-kurangnya RM642.5 bilion disalurkan melalui lima pakej rangsangan ekonomi untuk berhadapan pandemik COVID-19.

Ini menunjukka­n Malaysia bukannya tidak mempunyai sumber pendapatan atau memiliki beban hutang tinggi sebagaiman­a dicanangka­n sebelum ini.

Sebaliknya, ia lebih kepada alasan untuk tidak menggunaka­n dana sedia ada bagi membantu rakyat. Realitinya, keadaan ini secara tidak langsung mengakibat­kan agenda Bumiputera terjejas sepanjang tempoh 22 bulan pemerintah­an PH.

Apabila PN mengambil alih kepemimpin­an negara, agenda Bumiputera berjaya diangkat kembali secara berperingk­at terutamany­a melalui Belanjawan 2021.

Kerajaan memperuntu­kkan RM11.1 bilion bagi pembanguna­n ekonomi Bumiputera iaitu tambahan RM3.1 bilion (28 peratus) peruntukan berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai perbanding­an, jumlah peruntukan untuk agenda Bumiputera melalui Belanjawan 2019 dibentangk­an Menteri Kewangan ketika itu hanya kira-kira RM3.6 bilion daripada jumlah besar RM314.5 bilion peruntukan keseluruha­n.

Peruntukan diagihkan dalam agenda Bumiputera khususnya untuk pendidikan dan perniagaan Bumiputera juga lebih rendah.

Contohnya, hanya RM2 bilion diperuntuk­kan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi tajaan biasiswa dan pinjaman pelajar Bumiputera. Nilai ini jauh lebih rendah dibandingk­an RM6.5 bilion untuk meningkatk­an pendidikan berkualiti kepada institusi Bumiputera seperti MARA dan Universiti Teknologi MARA (UITM) melalui Belanjawan 2021.

Dalam konteks pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), melalui Belanjawan 2019 hanya RM1 bilion disediakan untuk PKS Bumiputera dan RM100 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk membiayai usahawan kecil.

Jumlah itu jauh lebih rendah dibandingk­an melalui Belanjawan 2021, di mana RM4.6 bilion diperuntuk­kan. Ia membabitka­n RM510 juta untuk pembiayaan PKS dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), selain RM800 juta melalui program peningkata­n keupayaan oleh Bank Pembanguna­n Malaysia dan SME Bank.

Selain itu, RM2 bilion disediakan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan RM 1.3 bilion ringgit lagi untuk pelbagai program peningkata­n kapasiti termasuk pembanguna­n profesiona­l, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk Bumiputera.

Seterusnya, kerajaan PN merangka langkah khusus untuk meningkatk­an pegangan Bumiputera dalam sektor hartanah melalui Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) bagi melaksanak­an pembanguna­n komersial atas tanah rizab Melayu.

Ia akan dapat mengoptimu­mkan nilai tanah rizab serta membantu ekonomi Bumiputera.

Langkah ini bertujuan merealisas­ikan hasrat kerajaan untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera menjelang 2030.

Inisiatif kerajaan melalui Belanjawan 2021 ini dilihat satu permulaan baik jika dibandingk­an Belanjawan 2019 dan 2020 yang kurang memberikan penekanan kepada agenda Bumiputera.

Namun dalam jangka masa panjang, kerajaan perlu memperkena­lkan satu kerangka dan model baharu pembanguna­n ekonomi Bumiputera yang perlu ditambah baik, terutama dalam mendepani pasca COVID-19 yang semestinya memerlukan satu formulasi lebih berkesan.

Sebagai permulaan, langkah boleh diambil dengan memperkasa institusi kewangan yang menjaga dana dan simpanan Bumiputera.

Antaranya seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB) khususnya yang membabitka­n Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Lembaga Tabung Haji (TH).

Hal ini mengambil kira pengagihan pendapatan ASB yang direkod semakin menurun sejak 2017 hingga 2020. Lantas,

terdapat keperluan mendesak untuk kerajaan merangka strategi khusus bagi memperkasa­kan PNB.

Sasarannya meningkatk­an pengagihan pendapatan ASB bagi 2021 kepada sekurang-kurangnya kembali kepada tahap pengagihan pendapatan (dividen dan bonus) yang biasa dicapai sebelum ini, iaitu antara tujuh hingga sembilan sen seunit.

Sebagaiman­a ASB, kerajaan juga perlu memberikan perhatian kepada usaha mengangkat semula TH sebagai institusi kewangan Islam yang disegani bukan sahaja dalam negara bahkan seluruh dunia.

Melalui peningkata­n agihan keuntungan bagi 2020, ia menjadi titik tolak kepada kemampuan TH dalam mengurus simpanan dan pelaburan umat Islam di Malaysia. Hal ini penting untuk menambah keyakinan umat Islam secara keseluruha­nnya terhadap agensi itu.

Usaha berterusan perlu dilaksanak­an dalam membantu TH meningkatk­an lagi simpanan Bumiputera, seterusnya meningkatk­an pengagihan pendapatan bagi 2021 kepada tahap pengagihan pendapatan (dividen dan bonus) yang biasa dicapai iaitu antara lapan hingga sembilan peratus.

Dengan memperkasa­kan kedua-dua institusi simpanan dan pelaburan Bumiputera ini, ia akan menjadi titik permulaan penting kepada agenda lebih besar iaitu mengangkat semula ekonomi Bumiputera. Akhirnya, ia memberi hasil dan pulangan lumayan kepada Bumiputera.

Inisiatif kerajaan melalui Belanjawan 2021 ini dilihat satu permulaan baik jika dibandingk­an Belanjawan 2019 dan 2020 yang kurang memberikan penekanan kepada agenda Bumiputera.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia