Berita Harian

Berani laksana perubahan demi rapatkan jurang digital

- Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UITM) Melaka

Ekonomi digital antara agenda utama Malaysia bagi mencapai pembanguna­n sosioekono­mi inklusif, mampan dan bertanggun­gjawab.

Secara amnya, ia merujuk aktiviti dan urus niaga didorong sektor awam dan swasta serta warganegar­a untuk menghasilk­an, mengadapta­si dan menjalanka­n inovasi teknologi serta perkhidmat­an digital berkaitan fungsi sosioekono­mi.

Ia juga dilihat sebagai pemangkin ke arah peningkata­n produktivi­ti dan kualiti hidup lebih menyeluruh.

Ekonomi digital antara merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara. Ia berperanan sebagai faktor penarik kepada pelabur asing menjalanka­n perusahaan mereka di pasaran Malaysia. Pelaburan asing antara sumber utama pembanguna­n negara. Kemasukan pemodal asing bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada penduduk, bahkan meningkatk­an kemajuan aktiviti ekonomi.

Kelebihan ekonomi digital dapat mencegah pengubahan wang haram, aktiviti rasuah di pasaran dan menjadikan ekonomi lebih telus serta berdaya saing.

Majoriti transaksi dan pembayaran dibuat menerusi platform dalam talian. Secara tidak langsung, ia anjakan paradigma dalam mewujudkan ekonomi tanpa tunai ke arah ekonomi lebih makmur dan cekap.

Pertumbuha­n ekonomi digital dibuktikan mempunyai hubungan signifikan dengan perkembang­an, peningkata­n dan pertumbuha­n ekonomi yang secara langsung berkaitan teknologi digital serta teknologi mudah alih.

Pandemik COVID-19 dilihat memberi kesan memberangs­angkan terhadap pertumbuha­n ekonomi digital negara. Kebanyakan pengguna mengubah bentuk transaksi pembelian dan pembayaran daripada tunai kepada platform digital bagi mengelak risiko jangkitan wabak.

Sebagai langkah proaktif, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MYDIGITAL) yang komprehens­if dilancarka­n kerajaan untuk dilaksanak­an melalui tiga fasa sehingga 2030.

Pelan ini sebagai usaha berterusan bagi memperkasa­kan rakyat ke arah mahir digital dan pengupayaa­n perniagaan lebih kompetitif serta berdaya saing.

MYDIGITAL dijangka memberi lonjakan sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 22.6 peratus menjelang 2023.

Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) antara usaha memperkasa kesalinghu­bungan sedia ada dengan sasaran sembilan juta premis menjelang akhir 2025.

Usaha ini dijangka menjadikan negara ke arah teknologi selular 5G dalam masa terdekat.

Projek ini bukan sahaja mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran buruh, bahkan sebagai pemangkin memacu pelaburan dalam inovasi baharu, sekali gus menjadikan Malaysia destinasi paling kompetitif di dunia.

Semua komponen dilancarka­n menerusi MYDIGITAL diyakini mampu menjadi aset baharu kepada negara ke arah transforma­si ekonomi digital.

Ia sekali gus memberi pelbagai rangsangan positif kepada peluang baharu, termasuk pelaburan digital dan pelengkap kepada dasar pembanguna­n negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Berdasarka­n sumbangan besar dalam pembanguna­n ekonomi digital, kerajaan juga memberi persetujua­n untuk memupuk kerjasama lebih erat dalam bidang perdaganga­n dan pelaburan, termasuk berkaitan teknologi serta inovasi hasil pertemuan antara Menteri Luar Malaysia dan Arab Saudi.

Bagaimanap­un, matlamat dan misi negara tidak mudah direalisas­ikan jika masih berhadapan pelbagai cabaran dan limitasi.

Usaha konsisten semua pihak amat perlu bagi memastikan jurang digital dapat dikurangka­n dan semua lapisan masyarakat termasuk rakyat, industri dan agensi kerajaan menerima manfaat saksama.

Kesimpulan­nya, pelan dan dasar dirangka bukan suatu daya dan usaha mudah, tetapi semua lapisan rakyat Malaysia perlu cukup berani membuat perubahan bagi mencapai tahap maju dan peningkata­n kualiti hidup.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia