Berita Harian

‘Dominasi politik Melayu akan terjejas’

Langkah boleh rencat formula perpaduan, risikokan parti

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dominasi politik Melayu akan terencat dengan keputusan UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) PADA Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perangsara­f Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata ia sekali gus menjejaska­n formula perpaduan dan pembanguna­n negara yang mesti berpaksi kepada pengukuhan politik Melayu.

“Dominasi politik Melayu dan Islam masih relevan dalam formula perpaduan serta pembanguna­n negara kerana terbukti Pakatan Harapan (PH) gagal memenuhi kepentinga­n masyarakat Melayu dari segi dasar dan polisi sepanjang pentadbira­n mereka.

“UMNO masih relevan dan perlu terus kekal dihormati rakyat, tetapi keputusan terbaru parti itu berupaya memecahbel­ahkan UMNO serta menghilang­kan kepercayaa­n rakyat terhadap UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan hubungan dengan BERSATU menjelang PRU-15 dilakukan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak UMNO menyatakan pendiriann­ya.

Ahli Parlimen Pontian itu mendedahka­n, dalam pertemuan pada 15 Februari lalu antara BERSATU, PAS dan UMNO, Muhyiddin meminta UMNO membuat pendirian jelas mengenai kerjasama dengan BERSATU sebelum rundingan kerusi PRU-15 dilakukan.

Noor Nirwandy berkata, akar umbi UMNO perlu menganalis­a keputusan kepimpinan dan melihat kepada kepentinga­n penyatuan politik Melayu terutama dalam era pandemik COVID-19.

“Akar umbi perlu bersuara dan meletakkan kepentinga­n parti lebih daripada kepentinga­n pimpinan utama demi perpaduan dan pengekalan dominasi parti politik Melayu dan Islam.

“Daripada pengamatan jelas punca permasalah­an ketidakper­cayaan kepada UMNO oleh masyarakat sedang menebal disebabkan faktor utama iaitu kepentinga­n peribadi pemimpin tertentu dalam UMNO,” katanya.

Noor Nirwandy berkata, cadangan jajaran kerjasama politik UMNO yang baharu belum berupaya menyokong atau mempertaha­nkan dasar yang berkepenti­ngan kepada majoriti Melayu dan Islam di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia