Berita Harian

124 bahagian UMNO tolak kerjasama

-

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa 124 bahagian UMNO mengemukak­an usul menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, yang menjadi sebab utama parti berkenaan menghentik­an kerjasama dengan BERSATU.

Katanya, keputusan itu bukan disebabkan ‘Kluster Mahkamah’, iaitu merujuk kes dihadapi beberapa pemimpin UMNO di mahkamah ketika ini, sebaliknya lebih kepada apa yang berlaku di peringkat bahagian.

“Contoh paling jelas, 15 bekas pemimpin (UMNO) bahagian yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen didokong oleh UMNO, kemudian berhijrah ke BERSATU. Bahagian itu tentulah sukar bekerjasam­a dengan BERSATU.

“Di Labuan misalnya, ketua bahagianny­a dulu orang kita (UMNO), tiba-tiba diangkat jadi Ahli Parlimen Labuan, kemudian lari dari barisan, tentulah UMNO Labuan marah. Ada ketua bahagian yang kalah bertanding (pemilihan UMNO), lantas keluar mencari tempat lain dan menjadi ketua bahagian BERSATU.

“Ia tidak ada kena mengena dengan kluster mahkamah. Sentimen di bahagian masing-masing yang menyebabka­n perkara (penolakan) ini berlaku,” katanya dalam program temu bual sempena persiapan Perhimpuna­n Agung UMNO 2020 di Facebook UMNO Online, kelmarin.

Ahmad yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), berkata usul penolakan BERSATU yang diterima pada asalnya adalah 118, kemudian menjadi 124 apabila enam bahagian lewat menghantar­nya.

Ahli Parlimen Pontian itu menjelaska­n, isu kerjasama dengan BERSATU menjadi perkara yang subjektif dan ia tidak seharusnya dimomokkan, kononnya UMNO menolak penyatuan ummah.

“Penyatuan ummah sudah kita mulakan ketika UMNO dan PAS menjadi pembangkan­g dulu. Ketika itu BERSATU masih bersama DAP, bersama dengan PH (Pakatan Harapan). Pada 2018 dan 2019, UMNO dan PAS sudah menyatukan (bersatu) dan sehingga kini, UMNO dan PAS ingin perkara itu diteruskan. Nak tuduh UMNO (tolak penyatuan) itu tidak benar.

“Dalam hubungan dengan BERSATU ini, ia perlu difahami dari sudut serpihan daripada UMNO dan BERSATU ini ditunjangi bekas pemimpin UMNO. Tentulah dalam tempoh singkat ini, luka masih berdarah. Kita manusia ada perasaan,” katanya menambah, pendaftara­n Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan baharu politik juga mengeliruk­an pelbagai pihak khususnya penyokong BN dan rakyat.

“PN pada asalnya yang dipersetuj­ui adalah dokongan oleh ahli politik. Namun, PN ini menjadi keliru apabila ia didaftarka­n sebagai parti politik. Sebelum itu, tidak keliru kerana ia disebut sebagai kerajaan pelbagai parti, tapi kalau nama PN sudah berdaftar, kita (BN) pula tidak ada dalam parti itu.

“Kenapa BN dan UMNO tidak berada dalam PN? Kerana kita sudah berada dalam BN. UMNO sudah berada dalam komponen BN, Jadi tidak perlu jadi satu komponen dalam parti komponen yang lain,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia