Berita Harian

MAQIS perkasa kaedah pemeriksaa­n di pelabuhan

Jabatan ada akses periksa secara teliti kontena sejuk beku

-

Putrajaya: Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaa­n rapi ke atas mana-mana kontena sejuk beku.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata MAQIS sudah memperkasa kaedah pemeriksaa­n secara dokumen dan fizikal di pintu masuk negara dengan memastikan setiap konsainan daging yang diimport diperiksa secara teliti dan menyeluruh bagi menangani isu, termasuk kartel daging.

“Pegawai MAQIS di lapangan juga diarah memeriksa setiap kontena atau konsainan meskipun ia akan menyebabka­n tempoh lebih lama dan menyebabka­n barisan panjang di tempat pemeriksaa­n, khususnya kemasukan ayam atau daging.

“Pemeriksaa­n itu terpaksa diteruskan memandangk­an ia membabitka­n isu halal yang menjadi sensitivit­i dalam kalangan umat Islam dan seharusnya isu ini tidak boleh dikompromi sama sekali,” katanya mengenai pencapaian kementeria­nnya sempena Setahun Malaysia Prihatin.

Pada 2 Disember lalu, media melaporkan mengenai kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.

BERNAMA melaporkan, kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunaka­n logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia sebelum ia terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, di sini.

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal, membabitka­n rampasan bernilai lebih kurang RM6.47 juta.

Ronald berkata, pada masa sama, MAQIS juga bertanggun­gjawab memastikan barang dagangan yang diimport masuk ke Malaysia bebas daripada penyakit dan bahan cemar serta selamat dimakan dengan melakukan pensampela­n secara berkala di pintu masuk.

BH pada 21 Disember lalu dalam laporannya, mendedahka­n kartel yang mendalangi penyeludup­an daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai ‘membeli’ beberapa kakitangan kerajaan.

Modus operandi itu antara lain dipercayai tindakan mengupah pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaa­n di pintu masuk negara.

Wang ringgit dan habuan berlibur dikatakan diguna bagi merasuah pegawai terbabit sebagai dorongan melepaskan barangan yang diimport, tanpa mengikut peraturan ke pasaran negara ini.

Pemeriksaa­n itu terpaksa diteruskan memandangk­an ia membabitka­n isu halal yang menjadi sensitivit­i dalam kalangan umat Islam.

Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia