Berita Harian

Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang menyatakan UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan, khusus bagi menerima sumbangan politik dalam saman pelucuthak­an yang berkaitan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ia selepas Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarka­n permohonan oleh peguam utama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam UMNO, Datuk Hariharan Tara Singh bagi mengetepik­an afidavit itu.

Muhammad Jamil dalam keputusan ringkasnya berkata, afidavit itu difail semasa pada peringkat hujahan dan akan mengakibat­kan prejudis kepada tuntutan pihak ketiga, yakni Najib dan UMNO.

“Ia difail selepas semua afidavit lain difailkan dan tanpa penangguha­n oleh mahkamah. Sehubungan itu, saya menetapkan bahawa afidavit itu tidak boleh digunakan dan saya tidak akan menganggap afidavit itu sebagai sokongan. Tan Sri Shafee boleh meneruskan hujahan,” katanya.

Hakim berkenaan berkata demikian pada sesi pendengara­n oleh kerajaan bagi memohon pelucuthak­an RM114,164,393.44 dan barang kemas yang dirampas daripada premis yang dimiliki Obyu Holdings Sdn Bhd.

Afidavit itu penting bagi saman pelucuthak­an berkaitan 1MDB dibawa pihak pendakwaan terhadap Obyu Holdings.

Pada 10 Februari lalu, pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, berpendapa­t UMNO mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik, yang dianggapny­a sebagai satu kesalahan mengikut Akta Pertubuhan 1996.

Dalam hujahan bertulis saman berkenaan, pihak itu mendakwa ia kerana beberapa pemimpin UMNO sendiri menafikan mereka tahu mengenainy­a. Obyu Holdings dimiliki Tan Sri Bustari Yusof.

Pihak pendakwaan memfail permohonan pelucuthak­an terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Penghujaha­n di hadapan Muhammad Jamil bersambung Isnin. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia