Berita Harian

Keputusan benar haji diketahui April

-

Ipoh: Keputusan sama ada Arab Saudi membenarka­n kemasukan jemaah haji dari negara luar dijangka diketahui bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, berkata sementara menunggu makluman itu, Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuat persediaan sepatutnya bagi mempersiap­kan bakal jemaah haji sebelum bertolak ke Makkah.

“Insya-allah, saya jangka Arab Saudi akan umum secara rasmi sekitar Ramadan dan biasanya jarang orang nak selesaikan urusan dengan jumlah ramai pada saat akhir, maka kita tunggu sahajalah.

“Tabung Haji mengambil pendekatan positif dengan membuat persediaan mengikut kadar kemampuan, selain komited menyelesai­kan urusan jemaah sejurus dibenarkan dan mendapat tawaran rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahka­n sumbangan komputer riba kepada pelajar asnaf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Perak di Dewan Besar TH di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah TH Perak, Mohamad Abas dan Pengarah (Hal Ehwal) Pelajar UTM kampus Kuala Lumpur, Prof Madya Dr Pauziah Muhamad.

Kelmarin, Malaysia mendapat tambahan 10,000 kuota rasmi haji yang akan dilaksana selepas keadaan wabak COVID-19 terkawal dan ibadah itu dibuka semula.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, perkara itu dipersetuj­ui Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-saud dalam satu pertemuan di Riyadh.

Jika dibenarkan ke Tanah Suci, Zulkifli berkata, pemilihan bakal jemaah tahun ini adalah berdasarka­n senarai musim haji lalu yang ditunda berikutan penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, beliau berasa masih terlalu awal untuk mengulas mengenai kewajipan bakal jemaah mengambil suntikan vaksin imunisasi COVID-19.

Mengenai cadangan mengutamak­an warga emas menunaikan haji, Zulkifli berkata, pertimbang­an akan mengambil kira pelbagai aspek.

Mengenai program semalam, Zulkifli berkata, TH memperuntu­kkan RM750,000 di bawah Program Iqra’ TH bagi disumbangk­an kepada 218 pelajar UTM di Perak, Johor, dan Pahang bagi menampung pengajian pelajar daripada keluarga asnaf serta B40.

Beliau berkata, 68 pelajar dari Johor menerima tunai RM691 seorang, 69 pelajar dari Perak menerima RM1,106 seorang berserta komputer riba bernilai RM2,500 dan 81 pelajar dari Pahang menerima wang tunai RM3,106 serta komputer riba.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zulkifli beramah mesra dengan pelajar asnaf UTM Perak selepas menyerahka­n sumbangan komputer riba di Dewan Besar TH, Ipoh, semalam.
(Foto BERNAMA) Zulkifli beramah mesra dengan pelajar asnaf UTM Perak selepas menyerahka­n sumbangan komputer riba di Dewan Besar TH, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia