Berita Harian

Semua pihak kena patuh SOP penyuraian murid

Garis panduan sudah diedarkan ke sekolah pastikan keselamata­n pada tahap tinggi

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Murid sekolah di Shah Alam

Kuala Lumpur: Semua pihak diminta mematuhi Model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar Sekolah yang dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan (KPM) bersama garis panduan prosedur operasi standard (SOP) berhubung penyuraian murid sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, berkata kerjasama pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), selain ibu bapa juga amat diperlukan bagi memastikan murid mematuhi SOP di luar pagar sekolah.

Katanya, garisan panduan mengenai perkara itu sudah diedarkan kepada semua sekolah di seluruh negara untuk memastikan aspek keselamata­n dan kesihatan pada tahap tinggi.

“Jadi, adalah tidak wajar untuk menyalahka­n guru membabitka­n isu kegagalan penjarakan fizikal di luar pagar sekolah kerana ia bukan lagi di bawah kawalan mereka.

“Semua orang tahu apabila di luar pintu sekolah, ia bukan lagi di bawah bidang kuasa guru dan juga di luar kawalan mereka.

“Jika di dalam sekolah sememangny­a sudah menguatkua­sakan sebaik mungkin (SOP), malah pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kerap turun ke sekolah melakukan pemantauan.

“Namun, apabila menyentuh mengenai isu di luar pagar ia memerlukan kerjasama pihak berkuasa, selain ibu bapa harus berperanan supaya tidak berkumpul untuk mengambil anak masing-masing pulang dari sekolah,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Tinjauan BH di beberapa sekolah, termasuk di Selangor dan Melaka mendapati sebaik waktu persekolah­an tamat, ada murid yang dilihat ‘terlupa’ mematuhi SOP, termasuk tiada penjarakan fizikal ketika berbual secara berkumpula­n dan menaiki bas.

Keadaan tidak terkawal berlaku apabila ramai ibu bapa bersesak-sesak di pintu keluar sekolah untuk menjemput anak mereka.

Pengusaha van sekolah yang menunggu untuk mengambil murid juga dilihat menghadapi kesukaran kerana keadaan terlalu sesak.

Beberapa guru dan pengawal keselamata­n sekolah kelihatan bertungkus-lumus menguruska­n proses pelepasan keluar murid. Turut kelihatan beberapa anggota polis bagi membantu mengawal keadaan.

Situasi yang berlaku itu secara tidak langsung menimbulka­n kebimbanga­n kepada banyak pihak, khususnya ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah harian biasa.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, melalui model dikeluarka­n KPM, sekolah diberikan lima pilihan melaksanak­an SOP keberadaan murid di pintu pagar mengikut kesesuaian berdasarka­n faktor seperti sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi, sederhana dan rendah serta kemudahan yang ada.

Beliau berkata, antara kaedah yang dilaksanak­an mengikut model itu ialah menyediaka­n ruang menunggu dalam kawasan sekolah, laluan terarah sehala, kawalan keberadaan murid oleh pihak berkuasa, penyuraian murid secara berperingk­at dan mengikut darjah serta tingkatan.

“Model ini sudah ada dan turut dilengkapi penerangan mengenai peranan ibu bapa, pentadbir dan murid, cuma tinggal lagi ia perlu diikuti.

“Namun, saya percaya kesesakan di luar pintu masuk berlaku pada awal tempoh pembukaan sekolah saja kerana keterujaan ibu bapa untuk menghantar anak mereka dan kini keadaan itu diyakini semakin beransur pulih,” katanya.

Apabila menyentuh mengenai isu di luar pagar ia memerlukan kerjasama pihak berkuasa, selain ibu bapa harus berperanan sendiri supaya tidak berkumpul untuk mengambil anak masing-masing pulang dari sekolah.

Presiden NUTP

 ?? (Foto Muhd Asyraf Sawal/bh) ?? menunggu ibu bapa ketika pulang sambil dikawal anggota RELA.
(Foto Muhd Asyraf Sawal/bh) menunggu ibu bapa ketika pulang sambil dikawal anggota RELA.
 ??  ?? Aminuddin Awang,
Aminuddin Awang,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia