Berita Harian

KDN teliti keputusan

Rakyat diminta tidak buat spekulasi, hormati proses perundanga­n

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan memutuskan tindakan susulan dari aspek perundanga­n selepas menerima alasan penghakima­n secara bertulis dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain oleh penganut Kristian di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin berkaitan isu kalimah ‘Allah’ dan hal-hal lain yang dibawa oleh Jill Ireland Lawrence Bill terhadap kementeria­n itu.

“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan itu dan meminta semua pihak untuk menghormat­i proses perundanga­n dan kehakiman negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, mahkamah berkenaan memutuskan penganut Kristian boleh menggunaka­n kalimah Allah dan tiga perkataan lain, iaitu solat, Kaabah dan Baitullah dalam penerbitan agama itu untuk pendidikan dalam komuniti mereka. Keputusan kes

Hamzah Zainudin

itu mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak difailkan pada 2008.

Di Ipoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-bakri pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba kepada Pelajar Asnaf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, menyifatka­n masih terlalu awal untuk pihaknya mengulas isu itu.

Bagaimanap­un, beliau berkata, perbincang­an dalaman akan dibuat bersama Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n hari ini bagi melihat perkembang­an berkenaan dari semua aspek, iaitu undang-undang, agama serta pandangan ulama terdahulu dan mutakhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia