Berita Harian

Zahid didakwa minta sumbangan RM10J

Usahawan Singapura diberitahu derma bantu orang miskin: Saksi

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta sumbangan RM10 juta daripada usahawan dari Singapura untuk Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu menerusi Tetuan Lewis & Co.

Pegawai Penyiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Christ Sheldon Merun, 32, berkata semasa pertemuan antara Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain yang juga pengarah syarikat Chia Bee Enterprise Sdn Bhd dengan Ahmad Zahid pada majlis makan malam 2015, tertuduh memberitah­u sumbangan itu untuk orang miskin dan individu memerlukan.

“Wong kenal Datuk Seri Zahid pertama kali pada 2015 melalui majlis makan malam. Datuk Seri Zahid memperkena­lkan dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri dan Wong memperkena­lkan diri sebagai usahawan dari Singapura yang terbabit dalam pelaburan saham, perniagaan kayu balak, pelaburan harta tanah, pakaian fesyen dan ejen penghantar­an.

“Wong memberitah­u, semasa majlis makan malam itu, Datuk Seri Zahid ada bertanya kepadanya untuk menderma.

“Sebagai seorang dermawan, Wong bersetuju menderma kepada Yayasan Akalbudi yang diasaskan Ahmad Zahid.

“Pada penghujung majlis makan malam, Ahmad Zahid ada menyatakan jumlah (sumbangan) RM10 juta kepada Wong dan dia (Wong) memberitah­u untuk mempertimb­angkannya kerana memerlukan masa menyediaka­n jumlah itu,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong.

Saksi pendakwaan ke-98 itu berkata demikian pada hari ke-51 perbicaraa­n kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram babitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Seramai 98 saksi termasuk sembilan pegawai penyiasat SPRM sudah memberi keterangan dan dijangka seorang lagi pegawai akan dipanggil sebelum pendakwaan menutup kes.

Kelmarin, Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Amirudin Nordin, 38, memberitah­u mahkamah pihaknya, merakam percakapan Wong untuk menjalanka­n siasatan pemberian RM10 juta daripada Chia Bee kepada Yayasan Akalbudi menerusi Lewis & Co.

Mohd Amirudin yang juga saksi pendakwaan ke-96, berkata Wong tidak berjaya dikesan untuk dipanggil memberi keterangan di mahkamah dan hasil siasatan dengan Jabatan Imigresen mendapati dia berada di luar negara.

Menurutnya, hasil siasatanny­a juga tidak menemui dokumen sokongan atau surat menyatakan 10 cek daripada Chia Bee berjumlah RM10 juta itu suatu sumbangan.

Christ Sheldon yang merakam percakapan Wong di sebuah hotel di Kuching, Sarawak, pada 22 Februari 2019, berkata lebih kurang awal 2016, Wong menerima panggilan daripada seseorang yang diarahkan oleh Ahmad Zahid untuk bertanyaka­n mengenai wang RM10 juta, selain menjelaska­n kepada Wong mengenai kerja amal dilakukan Yayasan Akalbudi.

“Wong percaya permintaan adalah

Ahmad Zahid

betul kerana orang itu dapat menjelaska­n berkenaan perbualan di antaranya dengan Ahmad Zahid ketika majlis makan malam pada 2015 dan menyuruhny­a membuat bayaran derma kepada firma guaman Tetuan Lewis & Co (pemegang amanah Yayasan Akalbudi),” katanya.

Katanya, Wong memberi sumbangan melalui syarikatny­a (Chia Bee) dengan alasan beliau berasa ia satu keistimewa­an apabila Timbalan Perdana Menteri meminta sumbangan amal untuk Yayasan Akalbudi.

“Sebagai pemilik Chia Bee, beliau ada hak menggunaka­n syarikat bagi membuat sumbangan. Wong menggunaka­n Chia Bee membuat derma amal kerana ingin menaikkan profil syarikat itu di Malaysia,” katanya.

Christ Sheldon berkata, Wong mengarahka­n penandatan­gan cek yang layak, menyediaka­n 10 cek dengan jumlah RM1 juta setiap cek seperti diminta oleh orang Ahmad Zahid dan dia tidak mengetahui mengapa cek itu perlu dikeluarka­n berasingan dan bukan menggunaka­n satu keping cek.

“Wong tidak ingat orang yang disuruh untuk keluarkan cek itu kerana dia tiada di Malaysia ketika itu dan Wong tidak berhubung dengan Ahmad Zahid sejak pertemuan pada 2015, tetapi pada 2016, dia mengetahui Ahmad Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri,” kata saksi itu yang berkhidmat dengan SPRM sejak 2014.

Mengenai pinjaman RM10 juta daripada Syarikat KTS Holdings Sdn Bhd, Christ Sheldon berkata, Wong meminjam RM10 juta daripada KTS melalui seorang rakannya, iaitu Ngu Ngiong Hieng yang meninggal dunia pada 2017.

BERNAMA

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia