Berita Harian

Arwah sempat kirim ibu bapa duit beli baju

Keluarga harap individu terbabit kes Nik Khatijah dapat hukuman setimpal

- Oleh Nurul Fatihah Sulaini bhnews@bh.com.my

Jertih: Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud, 32, yang ditemui mati dengan kesan jerut pada lehernya di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko di Kajang pada 8 Mac lalu, sempat memberi wang belanja tambahan kepada ayah dan ibunya.

“Memang rutin setiap bulan selepas menerima gaji, arwah akan memberi duit belanja untuk kedua orang tua kami, tetapi bulan ini, dia memberi duit tambahan meminta mereka membeli baju guna duit itu.

“Abah sempat tanya baju apa, hendak beli baju raya lambat lagi,” kata kakak mangsa, Nik Hayati, 40.

Jenazah Nik Khatijah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh, Kampung Raja di sini, pada jam 10.30 malam kelmarin.

Jenazah dibawa ke kampungnya pada jam 3.30 petang selepas selesai solat jenazah di Masjid Jamek Kajang, Selangor dan tiba di tanah perkuburan pada jam 9.30 malam.

Ketika ditemui di rumah keluargany­a di Kampung Gong Bayor di sini, semalam, Nik Hayati berkata, adiknya amat komited dengan setiap tugasan dan kerja diamanahka­n kepadanya, kali terakhir pulang ke kampung ketika cuti Krismas tahun lalu selama seminggu dan mereka sempat membuat kenduri tahlil arwah ahli keluarga yang meninggal dunia akibat kemalangan ke tempat kerja pada 2019.

“Walaupun jarang berjumpa, kami sekeluarga sering berhubung menerusi Whatsapp, sesekali dia kerap mencelah dalam perbualan, tetapi sepanjang Sabtu lalu, dia tidak memberi sebarang respons dalam perbualan keluarga.

“Kami juga dimaklumka­n arwah sepatutnya menghadiri satu mesyuarat di pejabatnya pada Ahad tetapi dia tidak hadir dan tidak juga dapat dihubungi,” katanya.

Dia berkata, mereka sekeluarga reda menerima pemergian arwah tetapi sedikit ralat dengan cara arwah diperlakuk­an sehingga menemui ajal.

“Mewakili keluarga, saya berharap kes adik saya ini akan diadili dengan seadilnya mengikut saluran dan peruntukan undang-undang.

“Semoga individu yang melakukan jenayah itu menerima hukuman setimpal atas perbuatann­ya,” katanya.

Mewakili keluarga, saya berharap kes adik saya ini akan diadili seadilnya mengikut saluran dan peruntukan undang-undang.

Nik Hayati Nik Mud, Kakak

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia