Berita Harian

Hutan tiga daerah di Pahang terbakar

-

Kuantan: Lebih 300 hektar hutan termasuk kawasan paya gambut terbakar membabitka­n tiga daerah, iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin berikutan cuaca panas dan kering sejak awal bulan ini.

Berdasarka­n statistik, Rompin merekodkan kebakaran seluas 300 hektar di Muadzam Shah dan dua hektar lagi di Leban Chondong.

Di Pekan pula, kebakaran hutan membabitka­n kawasan Kampung Cenderawas­ih, Sungai Miang dengan keluasan dua hektar, manakala Kampung Alur Beruang berhampira­n Penjara Penor, di sini, membabitka­n hutan seluas tiga hektar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata cuaca panas dan kering berpanjang­an menyebabka­n hutan terbakar.

Beliau berkata, jabatannya mengambil tindakan pencegahan dan operasi pemadaman untuk memastikan kebakaran tidak merebak.

“Antara langkah awal untuk memadam kebakaran itu ialah menggunaka­n teknik pengeboman air oleh pesawat Unit Udara Bomba di kawasan terbabit.

“Anggota bomba dan penyelamat juga melakukan pemadaman melalui jalan darat dan membuat fire break dengan membabitka­n operasi bersama Jabatan Perhutanan,” katanya selepas meninjau kebakaran hutan di Kampung Alur Beruang berhampira­n Penjara Penor, semalam.

Wan Mohammad Zaidi berkata, pemantauan dilakukan berkala dengan mengenal pasti kawasan dipadamkan kembali terbakar dan kawasan baharu.

“Anggota bomba dan penyelamat di Kuantan, Pekan dan Rompin bersiap sedia melakukan operasi pemadaman,” katanya.

Sementara itu, menurut Sistem

Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Rompin mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, semalam.

Bacaan IPU tidak sihat di Rompin direkodkan 109 pada jam 3 petang dan rekod tertinggi iaitu 166 pada jam 6 pagi.

Bagaimanap­un, tiga stesen di Pahang iaitu Temerloh, Jerantut dan Balok Baru, di sini merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala IPU di Indera Mahkota pada paras baik.

Bacaan pada jam 3 petang merekodkan IPU 55 di Temerloh, diikuti Jerantut (59) dan Balok Baru (51), manakala Indera Mahkota pula 45.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategori­kan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 300 ke atas (berbahaya).

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang/bh) ?? Anggota bomba memadam kebakaran di kawasan tanah gambut di Jalan Pekan-kuantan berdekatan Penor, semalam.
(Foto Farizul Hafiz Awang/bh) Anggota bomba memadam kebakaran di kawasan tanah gambut di Jalan Pekan-kuantan berdekatan Penor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia