Berita Harian

Gaya hidup tak aktif punca obes

PEMAKANAN yang tidak sihat adalah apabila makanan atau minuman yang diambil mengandung­i lemak, gula dan garam yang tinggi ditambah pula dengan gaya hidup tidak cergas kini menjadi penyumbang utama penyakit tidak berjangkit (NCD).

-

Pada masa sama, ia menjadi penyebab kepada penyakit kardiovask­ular, diabetes Jenis 2 dan beberapa kanser.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati sejumlah 2.7 juta kematian di seluruh dunia adalah akibat kurang pengambila­n buah-buahan dan sayuran.

Kira-kira 19 peratus daripada jumlah itu mati akibat kanser gastrik usus, manakala kira-kira 31 peratus lagi akibat penyakit koronari jantung, sementara 11 peratus lagi akibat strok.

Sejumlah 1.9 juta kematian pula disebabkan fizikal yang tidak aktif. Sekurangku­rangnya 60 peratus penduduk dunia tidak melakukan aktiviti fizikal aktif harian pada kadar minimum 30 minit sehari seperti disarankan.

Gaya hidup yang tidak aktif dan pemakanan tidak sihat ini menjadi penyumbang utama masalah berlebihan berat badan dan obesiti.

Obesiti akan meningkatk­an risiko penyakit jantung yang serius seperti penyakit kardiovask­ular (terutama penyakit jantung dan strok), diabetes, kanser payu dara, kolon dan endometria­l.

Pada tahun 2015, sejumlah

2.3 bilion orang dewasa memiliki berlebihan berat badan dan lebih 700 juta lagi menjadi obes dan angka ini sungguh membimbang­kan kerana mereka berdepan risiko

yang boleh membawa maut.

Masalah berat berlebihan dan obes juga turut melanda kanakkanak. Pada 2005 saja, sekurangku­rangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami masalah ini.

Kanak-kanak obesiti sering kali dikaitkan dengan mati awal dan hilang keupayaan diri apabila mereka dewasa kelak.

Berlebihan berat badan dan obesiti juga didapati semakin meningkat di kalangan penduduk negara berpendapa­tan rendah dan sederhana, terutama yang menetap di bandar besar.

Melihat kepada keseriusan kedua-dua masalah ini, Strategi Global Diet, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan, WHO menggarisk­an beberapa perkara perlu diberi penekanan dan keutamaan penduduk seluruh dunia.

Orang ramai disaran mengamalka­n diet sihat dan meningkatk­an aktiviti fizikal serta mengelakka­n pengambila­n atau penggunaan tembakau. Jika ketiga perkara ini berjaya dilaksanak­an oleh setiap individu mereka berupaya menghalang 80 peratus penyakit jantung pramatang, 80 peratus kes diabetes jenis kedua dan 40 peratus kanser.

Meningkatk­an pemakanan cara sihat dan aktiviti fizikal secara tetap juga menjadi tugas sesuatu komuniti penduduk, pelbagai sektor dan juga memerlukan banyak pendekatan budaya kaum atau negara tertentu.

Strategi Global Diet, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan WHO ini diperkenal­kan WHO pada Mei 2004 selepas mengambil kira beban dan masalah kedua-dua aspek ini kepada penduduk dunia.

Sementara itu, untuk mengurangk­an risiko penyakit, Strategi Global Diet, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan WHO mewujudkan polisi nasionalny­a bertujuan mengurangk­an penggunaan garam, mengharamk­an pengeluara­n asid lemak trans, mengurangk­an penggunaan lemak tepu, mengehadka­n pengambila­n gula, meningkatk­an pengambila­n buahbuahan dan sayuran, mencapai berat badan sihat dan mengamalka­n tahap aktiviti fizikal yang bersesuaia­n dengan usia.

Semua pengawalan ini adalah murah dan menjimatka­n. Semua orang mampu melakukann­ya sama ada kepada individu, sekolah, tempat kerja dan masyarakat setempat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia