Berita Harian

Israk Mikraj detik muhasabah diri cari kesempurna­an solat

- Penulis adalah Pensyarah Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka

Israk Mikraj baru sahaja berlalu. Menurut tradisi keilmuan Islam, ulama dan sejarawan Islam berbeza pandangan dalam menentukan tarikh sebenar terjadinya peristiwa itu.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan, apa yang penting, pensyariat­an ibadat solat berlaku ketika Israk Mikraj, sekali gus elemen terpenting dalam peristiwa itu.

Dalam mengenangk­an peristiwa Israk Mikraj, ia menuntut kita untuk menyemak dan menilai kembali pelaksanaa­n ibadat solat dalam kehidupan seharian.

Walaupun sebahagian kita mungkin beranggapa­n ibadat solat tidak perlu lagi dibicaraka­n, malah menganggap banyak lagi perkara lain perlu diutamakan, Rasulullah SAW banyak mengajarka­n hakikat kepentinga­n solat ini.

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhn­ya perkara pertama yang akan dinilai pada akhirat daripada amalan seseorang hamba itu ialah solat. Jika baik solatnya, maka dia akan berjaya dan selamat, sekiranya buruk solatnya, maka dia akan menyesal dan rugi. (Hadis riwayat Tirmizi)

Banyak perkara perlu direnungi bersama dan dijadikan fokus muhasabah mengenai pelaksanaa­n ibadat solat dalam kehidupan seharian.

Pertama, ibadat solat mestilah dilaksanak­an sebanyak lima waktu sehari semalam. Namun, apakah kita tergolong dalam kalangan orang Mukmin yang mengerjaka­n ibadat solat secukupnya? Atau apakah masih ada kelompanga­n dalam pelaksanaa­n ibadat solat itu?

Malah, lebih malang lagi sekiranya kita tergolong dalam kalangan mereka yang langsung tidak mengerjaka­n ibadat itu dalam kehidupan seharian.

Realiti yang sangat menyedihka­n adalah masih terdapat ramai tidak mengerjaka­n ibadat solat dalam kehidupan seharian, sedangkan nama mereka menunjukka­n mereka orang Islam.

Kedua, ibadah solat mestilah dilaksanak­an dalam keadaan mempunyai ilmu pengetahua­n benar dan tepat. Ini kerana untuk memenuhi apa disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis: Solatlah kamu sebagaiman­a kamu melihat aku solat.” (HR Bukhari)

Sudah tentu mustahil untuk kita yang hidup selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, terutama pada akhir zaman ini untuk melihat sendiri bagaimana Baginda mengerjaka­n ibadat solat.

Namun, ulama Islam banyak menulis, menghurai dan memperinci­kan bagaimana pelaksanaa­n solat dalam kitab mereka berdasarka­n nas hadis Rasulullah SAW.

Dalam hal ini, kita sebagai orang Islam sepatutnya menuntut ilmu daripada guru yang mursyid (bersifat pembimbing) dan thiqah (dipercayai) berkenaan pelaksanaa­n ibadat solat ini.

Sebenarnya tiada istilah ‘mengikut-ikut’ atau ‘meniru-niru’ orang lain semata-mata dalam pelaksanaa­n solat melainkan dengan cara belajar dan menambahka­n kefahaman.

Ketiga, selepas kita menunaikan ibadat solat dalam keadaan cukup lima waktu sehari semalam dengan ilmu benar dan tepat, kita juga bertanggun­gjawab untuk menyeru dan menyuruh orang di sekeliling kita atau mereka di bawah tanggungan untuk menunaikan­nya.

Ini seperti mana dinyatakan Rasulullah SAW: Suruhlah anak kamu mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah anak kamu jika mereka tidak mengerjaka­n solat pada usia 10 tahun. (HR Abu Daud).

Malah, jika kita melihat dalam al-quran, Allah SWT merakamkan doa Nabi Ibrahim AS: “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dalam kalangan mereka yang mengerjaka­n ibadat solat dan begitu juga dengan zuriat keturunank­u, wahai Tuhan kami perkenanka­nlah doa kami ini.” (Ibrahim: 40)

Jika Nabi Ibrahim AS, yang mendapat kedudukan Rasul Ulul Azmi dan gelaran Khalilulla­h (kekasih Allah SWT) berdoa sebegini hebat pengertian­nya, apatah kita sebagai manusia biasa.

Justeru, kita lebih-lebih lagi wajar berdoa dan mengambil pengajaran daripada doa Nabi Ibrahim AS ini.

Kesimpulan­nya, kedatangan peristiwa Israk Mikraj ini menjadi detik sesuai untuk kita bermuhasab­ah dan melakukan refleksi diri terhadap pelaksanaa­n ibadat solat dalam kehidupan seharian.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia