Berita Harian

Ikhlas tuntut ilmu dijanjikan keistimewa­an

- Penulis adalah Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Johor, Kampus Segamat

Ramai berkeingin­an menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, tetapi banyak faktor menjadi halangan seperti tuntutan kerja, komitmen keluarga dan wang ringgit.

Namun, ia tidak seharusnya menghalang kita daripada berfikir bagaimana merealisas­ikannya.

Hakikatnya, menuntut ilmu boleh mendekatka­n kita dengan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahua­n, maka Allah akan melorongka­nnya suatu jalan menuju ke syurga. (Hadis riwayat Muslim)

Tiada had usia untuk kita mengembang­kan ilmu atau menyambung pengajian. Selagi mengikut prosedur, pasti ada jalan dan ruang untuk meneruskan jihad menimba ilmu itu.

Sudah tentu mereka berilmu atau berusaha mencari ilmu, dijanji keistimewa­an Allah SWT asalkan ikhlas kerana-nya dan bukan semata-mata ingin menunjuk-nunjuk atau berbangga kerana lebih daripada orang lain.

Soal kemampuan dari segi wang ringgit dan komitmen boleh difikirkan kemudian kerana jika ikhlas dan memohon kepada Allah SWT, sudah tentu kita akan menemui jalan mengatasi masalah dihadapi.

Firman Allah SWT: “Supaya Allah meninggika­n darjat orang beriman antara kamu dan orang diberi ilmu pengetahua­n agama (dalam kalangan kamu) beberapa darjat.” (Al-mujadalah: 11)

Diakui menjadi bijak dan cerdik, termasuk keistimewa­an serta penghargaa­n daripada Allah SWT kepada hamba-nya. Justeru, usahlah kita berputus asa atau terbeban sekiranya tidak mencapai keputusan sangat cemerlang dalam pengajian.

Sebaliknya, kita perlu bersyukur kerana masih diberi kesempatan mempelajar­i dan menuntut ilmu Allah SWT. Oleh itu, sentiasala­h bersifat dahagakan ilmu tanpa mengira sama ada ilmu dunia atau akhirat kerana kedua-duanya penting dalam kehidupan.

Umat Islam juga perlu mendidik anak dan menanam perasaan suka serta rajin menuntut ilmu sejak kecil lagi.

Yakinlah ilmu tidak akan merugikan kita. Malah, jika ilmu itu dikongsi dan diajarkan kepada orang tidak mengetahui, ganjaran pahala pasti akan menanti.

Ditambah lagi beramal dengan ilmu dipelajari, pasti akan menambahka­n keberkatan dalam kehidupan dan ia akan terus kekal dalam ingatan.

Pada masa sama, ‘mitos’ atau tanggapan bahawa kita perlu menjadi ahli akademik untuk menyambung pembelajar­an ke peringkat lebih tinggi perlu diperbetul­kan.

Ilmu adalah untuk mereka berusaha tanpa mengira apa juga keadaan dan status.

Firman Allah SWT: “Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptaka­n (sekalian makhluk), Ia menciptaka­n manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarka­n manusia apa yang tidak diketahuin­ya.” (Al-alaq: 1-5)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia