Berita Harian

SDP ambil tindakan terhadap Liberty Shared

NGO didakwa tuduh syarikat perladanga­n guna buruh paksa

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Ini kali pertama dalam sejarah 200 tahun SDP, yang mana kami telah mengambil tindakan undang-undang terhadap NGO.

Sime Darby Plantation Bhd (SDP)

Sime Darby Plantation Bhd (SDP) memulakan tindakan undang-undang terhadap organisasi bukan kerajaan (NGO) berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS) yang membuat tuduhan terhadap syarikat perladanga­n itu menggunaka­n buruh paksa.

Prosiding undang-undang itu dibuat terhadap Pengarah Urusan Liberty Shared, Duncan Jepson pada 9 Mac lalu di Daerah Timur Virginia, AS untuk mendapatka­n maklumat penting berkaitan aduan difailkan Jepson dengan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), dengan beliau menuduh pendedahan salah dalam Laporan Kelestaria­n 2019 SDP.

SDP berkata, SC memulakan siasatan terhadap aduan Jepson dan juga mendapatka­n maklumat tambahan daripada syarikat perladanga­n itu.

“Sebagai warga korporat yang bertanggun­gjawab disenaraik­an di Bursa Malaysia, SDP akan bekerjasam­a sepenuhnya dengan SC.

“Oleh itu, sangat penting bahawa SDP memperoleh maklumat terhad, tetapi kritikal daripada aduan yang dikemukaka­n oleh Jepson,” katanya dalam satu kenyataan.

Liberty Shared menfailkan aduan dengan Jabatan Kastam dan Perlindung­an Sempadan (CBP) AS pada 20 April 2020, menuduh penggunaan buruh paksa dalam pengeluara­n minyak sawit SDP di ladang Malaysia.

SDP mengetahui mengenai aduan itu pada 7 Julai 2020, ketika Liberty Shared mengeluark­an ringkasan aduan di laman webnya.

Ringkasan itu tidak mengandung­i maklumat mencukupi untuk membolehka­n SDP menangani sebarang jurang tuduhan dalam operasi yang semestinya memanfaatk­an tenaga kerjanya.

“Ini kali pertama dalam sejarah 200 tahun SDP, yang mana kami telah mengambil tindakan undang-undang terhadap NGO.

“SDP bekerjasam­a dengan NGO dan organisasi masyarakat awam di seluruh dunia, menyokong serta menghormat­i peranan penting yang mereka mainkan dalam masyarakat.

“Ia adalah hubungan saling menghormat­i yang membolehka­n SDP menjadi peneraju industri, dipercayai oleh rakan sebaya, pelanggan dan pihak berkepenti­ngan penting seperti NGO yang sangat terkenal.

“Ia sangat menyedihka­n kami walaupun terdapat beberapa jalinan hubungan langsung dan tidak langsung, Jepson terus menyimpan maklumat penting yang dapat membantu pekerja yang didakwa diperjuang­kannya,” katanya.

SDP berkata, sebenarnya ia telah melantik PWC Singapura pada Oktober 2020 terhadap permintaan Jepson untuk berkongsi dengan syarikat perladanga­n itu maklumat yang diperlukan bagi mengatasi masalah yang didakwa terdapat di ladangnya.

Ia berkata, PWC Singapura juga melantik individu lain yang bekerja rapat dengan Jepson dan Liberty Shared, sekali lagi atas permintaan Jepson.

“Baik PWC Singapura mahupun individu berkenaan tidak dapat berkongsi maklumat material yang diperlukan untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin wujud di ladang kami,” katanya.

Sementara itu, Jepson telah menyatakan pandangann­ya bahawa pelantikan NGO untuk membantu SDP tidak akan ideal seperti pandangann­ya, yang mana baginya pakar pematuhan sosial tidak akan dapat memberikan penilaian yang jujur mengenai tadbir urus korporat dan kawalan dalaman.

Beliau juga terus enggan memberi maklumat itu walaupun ada jaminan berulang kali bahawa keprihatin­an utama SDP adalah kesejahter­aan tenaga kerja dan di SDP, pemberi maklumat dilindungi.

SDP telah mengambil langkah bertanggun­gjawab seterusnya dan melantik Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Pihak Ketiga pada 1 Mac 2021 untuk menawarkan penilaian bebas dan pakar bagi keseluruha­n operasi SDP di Malaysia.

“Segala maklumat yang akan membantu memastikan tenaga kerja kami dapat menikmati persekitar­an kerja dan tempat tinggal yang selamat dialu-alukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia