Berita Harian

Lendlease sasar sertai lebih banyak projek mega negara

-

Lendlease, kumpulan hartanah dan infrastruk­tur antarabang­sa terkemuka meninjau untuk terbabit dalam lebih banyak projek infrastruk­tur mega di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Lendlease bagi Asia, Tony Lombardo, berkata pembabitan dalam projek mega di Malaysia akan mengukuhka­n lagi kehadirann­ya di rantau ini selain menjadikan Malaysia destinasi perniagaan utama kumpulan.

Katanya, kumpulan pada masa ini sedang meninjau untuk terbabit dua hingga tiga projek berskala sedemikian, namun ia bergantung kepada keputusan kerajaan menentukan pembanguna­n infrastruk­tur di Malaysia.

“Kami memahami pandemik COVID-19 banyak mengganggu ekonomi dan semua pihak perlu berhati-hati dalam pembanguna­n projek mega.

“Malaysia adalah pasaran utama kepada kumpulan dan kami ingin terus mengukuhka­n kehadiran di sini.

“Ia adalah pasaran yang mempunyai potensi tinggi di rantau ini.

“Lendlease bersedia untuk pembanguna­n projek mega di sini berdasarka­n pengalaman dan kepakaran kami,” katanya pada taklimat media secara maya, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan dan Ketua Negara Lendlease Malaysia, Stuart Mendel.

Lendlease kini sedang melaksanak­an pembanguna­n bersepadun­ya di pusat kewangan antarabang­sa Tun Razak Exchange (TRX), sekali gus menjadikan­nya pembanguna­n bersepadu terbesar konglomera­t itu di Asia.

Berpangkal­an di Sydney, Australia, Lendlease juga adalah pemaju utama ‘The Exchange TRX’ seluas 6.9 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) berjumlah RM9.31 bilion.

Sementara itu, ditanya adakah pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua menjejaska­n kerja pembanguna­n The Exchange TRX, Mendel berkata, impaknya masih rendah kerana kerajaan membenarka­n beberapa sektor beroperasi.

“Impaknya rendah dan operasi pembanguna­n berjalan seperti biasa, begitu juga dengan bekalan bahan mentah.

“Kumpulan dalam landasan tepat untuk menyiapkan pembanguna­n projek mega utama negara itu,” katanya.

Mendel berkata, Lendlease turut menyokong pelaburan pembanguna­n infrastruk­tur yang mampan.

Beliau berkata, dengan saluran pengembang­an global kumpulan AU$110 bilion yang difokuskan pada projek pembanguna­n di Amerika, Australia, Eropah dan Asia, projek pembanguna­nnya itu akan wujud melangkaui 2050.

“Lantaran itu, kami komited untuk memainkan peranan mewujudkan projek yang berdaya tahan, dapat disesuaika­n serta lestari untuk membantu mengehadka­n pemanasan global serta mengelak bencana alam sekitar dan sosial kepada masyarakat.

“Kumpulan juga mempunyai rangka kerja kelestaria­n global yang memastikan bahawa kami memberikan faedah untuk alam sekitar, ekonomi dan masyarakat.

“Lendlease membina kerangka kelestaria­n berdasarka­n tiga inisiatif iaitu pertumbuha­n ekonomi yang mampan, bumi dan manusia yang sihat serta komuniti dan bandar yang berdaya tahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia